Suntikan vaksin COVID-19, pasport vaksinasi digital akan dibincang di Parlimen
Program vaksinasi COVID-19 dan pasport vaksinasi digital akan dibincangkan di Parlimen pada Isnin (5 Apr).
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Program vaksinasi COVID-19 dan pasport vaksinasi digital akan dibincangkan di Parlimen pada Isnin (5 Apr).
Sebanyak 14 pertanyaan mengenai isu-isu itu difailkan oleh sebilangan Anggota Parlimen.
AP Foo Mee Har (PAP-West Coast) bertanya jika barisan siap sedia boleh disediakan di pusat-pusat vaksinasi bagi membolehkan para individu untuk mengambil alih tempat orang lain yang tidak dapat hadir untuk janji temu mereka.
AP Sylvia Lim (WP-Aljunied) bertanya Kementerian Kesihatan (MOH) berapa ramai orang yang tidak dapat mengambil suntikan COVID-19 kerana mereka gagal dalam soal selidik sebelum vaksinasi.
AP Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) pula mengajukan soalan mengenai sama ada Kementerian Kesihatan (MOH)akan menyediakan kad atau surat kepada rakyat Singapura yang, atas sebab-sebab perubatan, tidak boleh divaksin. Ini supaya mereka boleh menunjukkan dokumen-dokumen kepada pihak-pihak tertentu yang mungkin tidak akan membenarkan mereka untuk memasuki sesebuah negara jika mereka tidak divaksin.
AP Ng Ling Ling (PAP-Ang Mo Kio) bertanya jika lebih banyak butiran mengenai pelan pasport vaksinasi COVID-19 dan bagaimana perjalanan boleh dilakukan atas urusan perniagaan, dasar belas kasihan dan riadah boleh dibenarkan di bawah pelan sedemikian.
Isu-isu lain yang akan dibincangkan termasuk keselamatan di tempat kerja, penebusan baucar SingapoRediscovers dan kontroversi berhubung isu hak cipta lagu sambutan Hari Kebangsaan, "Count on Me, Singapore".
Lima rang undang-undang akan diperkenalkan di Parlimen, termasuk Rang (Pindaan) Lalu Lintas Jalan Raya.
Rang (Pindaan) Khidmat Pos pula diusulkan bagi bacaan kedua. Pindaan-pindaan yang disarankan itu akan membolehkan pihak berkuasa untuk melancarkan satu rangkaian lokar di seluruh negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.