Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suntikan selesema di tiga cawangan farmasi runcit jalankan ujian di bawah MOH

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Oct 2024 01:28PM Dikemas Kini : 29 Oct 2024 12:15AM

SINGAPURA: Suntikan bagi selesema akan ditawarkan di tiga cawangan farmasi runcit sebagai sebahagian daripada ujian baharu.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (28 Okt).

Di bawah inisiatif tapak uji ini, ahli farmasi yang sudah dilatih akan memberikan suntikan vaksin di lokasi berikut:

  • Guardian Health & Beauty di NEX
  • Unity Pharmacy di Parkway Parade
  • Watsons Singapore di Paragon

Suntikan tersebut juga disediakan di klinik doktor keluarga (GP) dan poliklinik.

Ujian itu, yang bermula Isnin (28 Okt), menyasarkan sekitar 200 orang. Namun MOH menyatakan itu bukan hadnya. Ia sebahagian daripada perancangan lebih meluas untuk mengkaji bagaimana ahli farmasi boleh memainkan peranan lebih besar dalam jagaan kesihatan awam.

SIAPA YANG LAYAK?

Ujian itu dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas. Namun berikut senarai orang-orang yang dikecualikan:

  • Ada sejarah perubatan alami sawan
  • Ada sejarah perubatan alami kesan serius selepas menerima sebarang vaksinasi
  • Ada sejarah perubatan alami vasovagal syncope/presyncope selepas sebarang suntikan
  • Ada sejarah alami Sindrom Guillain-Barre
  • Wanita Hamil
  • Individu yang mungkin tidak sesuai untuk vaksin tertentu seperti yang disenaraikan dalam risalah maklumat produk pengeluar, yang mungkin termasuk mereka yang mempunyai sejarah anafilaksis atau reaksi alahan kepada komponen dalam vaksin
  • Mereka yang demam, alami jangkitan pernafasan seperti selesema, atau pneumonia atau tidak sihat
  • Mereka yang alami trombositopenia atau gangguan penggumpalan atau sedang jalani terapi antipenggumpalan (termasuk warfarin, ubat antipenggumpalan yang dimakan atau heparin berat molekul rendah)
Kurangkan Artikel
Rakyat Singapura yang layak menerima vaksinasi influenza di farmasi tapak uiji akan menerima subsidi pemerintah seperti jika mereka ke klinik GP Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS).

Bayaran bersama akan dihadkan antara S$9 dengan S$35, serupa dengan di klinik CHAS.

Bayaran sebenar di setiap farmasi tapak uji mungkin berbeza.

Inisiatif itu menyasarkan untuk menilai bagaimana ahli farmasi boleh menyumbang kepada jagaan kesihatan pencegahan dalam masyarakat, menurut MOH.

Tambah MOH, vaksin terkini influenza bagi musim Hemisfera Utara sudah mula ditawarkan.

Ia menambah individu yang mempunyai doktor keluarga, termasuk yang sudah mendaftar bagi inisiatif SG Lebih Sihat, digalakkan untuk menerima vaksin mereka dengan penyedia jagaan utama masing-masing bagi kelangsungan jagaan.

Menurut MOH farmasi-farmasi runcit yang dipilih diperiksa demi memastikan mereka ada kelengkapan yang tempat yang diperlukan dan memenuhi syarat MOH bagi sekitaran selamat dan sesuai bagi khidmat vaksinasi.

Hanya ahli farmasi berdaftar yang sudah selesai menjalani latihan relevan dan penilaian kecekapan boleh memberi suntikan selesema.

Sebagai langkah keselamatan rutin, semua individu yang sudah divaksin akan dipantau selama 15 minit selepas divaksin, dengan protokol ditetapkan bagi ahli farmasi untuk menguruskan dan memberikan nasihat mengenai kemungkinan kesan sampingan.

SERU WARGA TUA DAPATKAN VAKSIN

Mendapatkan vaksinasi di farmasi adalah amalan biasa di luar negara, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Isnin, yang beliau sendiri menerima suntikan selesema di Unity Pharmacy di Parkway Parade.

"Dalam kes kita pusat jagaan biasanya klinik GP, dan atas sebab yang baik juga. Namun hari ini, kami memberi lebih banyak tumpuan kepada jagaan pencegahan, dan ini, dipacu oleh penduduk yang kian pantas menua," kata beliau.

Meksipun perlindungan vaksinasi influenza Singapura sudah naik dalam beberapa tahun akan datang, kadar 40 tahun sekarang bagi mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas boleh dipertingkat, kata Encik Ong.

"Bagi mereka yang pernah mengendalikan atau ada pengalaman mengendalikan hospital kita, anda akan tahu bahawa dari hari ke sehari, kita masih menerima banyak warga tua datang ke A&E (Jabatan Kemalangan dan Kecemasan) dan menjadi sangat sakit, bukan disebabkan apa-apa penyakit teruk, tetapi (kerana) mereka terkena jangkitan, termasuk influenza, yang akan membuat mereka sakit dalam tempoh yang lama," kata Encik Ong.

"Ramai yang tidak sembuh dan (ini membawa) kepada kematian. Mereka mungkin dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan mungkin berada lama di hospital kami," tambah beliau.

"Jadi di hospital, kami dapat rasakan beban penduduk menua yang dijangkiti dan mengalami penyakit terusk - yang semuanya boleh dicegah jika kita hanya menambah perlindungan vaksinasi influenza. Ia akan sangat membantu."

LEBIH BANYAK LIBATKAN AHLI FARMASI

Menurut MOH pihaknya akan memantau pengambilan vaksinasi dan maklum balas bagi khidmat inisiatif tapak uji tersebut.

Dalam masa yang sama, ia akan meneroka bagaimana ahli farmasi boleh lebih banyak terlibat dalam model jagaan berdasarkan penggal seperti kaunseling perubatan dan perdamaian serta kaunseling berhenti merokok bagi rakyat Singapura.

Ini akan melengkapi kerja-kerja GP dan pasukan jagaan kesihatan asas, dan membolehkan para doktor menguruskan lebih banyak kes perubatan kronik rumit, menurut MOH.
Sumber : CNA/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan