Suntikan S$300 juta untuk rangsang pelancongan SG di tengah pemulihan kukuh sektor dek acara langsung seperti F1, Taylor Swift
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam usaha untuk merangsang tawaran produk gaya hidup di Singapura dan menarik lebih ramai pelancong ke sini, Pemerintah akan menyuntik lebih S$300 juta ke Dana Pembangunan Pelancongan, kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan pada Jumaat (1 Mac).
Dana itu yang ditubuhkan pada 2005 akan merangsang industri pelancongan melalui peningkatan kemahiran pekerja dalam industri itu, memperbaharui tawaran pelancongan sedia ada dan menambah pengalaman baharu kepada daya tarikan pelancong di sini
Encik Tan, yang juga Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, berkata demikian di Parlimen pada Jumaat (1 Mac) semasa perbahasan belanjawan 2024 Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Encik Tan berkata Singapura menerima 13.6 juta pelawat antarabangsa pada 2023, iaitu kira-kira 71 peratus jumlah pelawat pada 2019. Perbelanjaan pelancongan untuk tiga suku pertama 2023 mencecah 98 peratus daripada tempoh yang sama pada 2019.
Menurutnya, pemulihan itu disebabkan oleh pelbagai inisiatif, termasuk daya tarikan pelancong baharu seperti Bird Paradise di Mandai Wildlife Reserve, acara istimewa seperti Formula Satu, dan acara hiburan langsung seperti konsert kumpulan K-pop Blackpink, dan penyanyi popular Ed Sheeran, Jacky Cheung.
Beliau juga merujuk kepada konsert bintang pop Taylor Swift, yang akan memulakan konsert Jelajah Eras enam harinya pada Sabtu.
Tambah Encik Tan industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) Singapura juga mencatatkan kebangkitan yang kukuh selepas pandemik COVID-19.
"Kami kekal yakin dalam sektor pelancongan kami. Tahun ini, kami menjangka ketibaan pelawat antarabangsa mencecah antara 15 dan 16 juta pelawat dan membawa masuk kira-kira S$26 bilion hingga S$27.5 bilion dalam resit pelancongan," kata Encik Tan.
Pada 20 Feb, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata Pemerintah telah menyokong konsert Jelajah Eras yang akan datang.
Penjelasan itu dibuat selepas Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mendakwa bahawa Singapura telah menawarkan Swift AS$2 juta (S$2.7 juta) hingga AS$3 juta bagi setiap pertunjukan sebagai pertukaran untuk mengadakan konsert eksklusif di Asia Tenggara.
Pihak berkuasa tidak menamakan geran yang digunakan atau syarat pada geran itu disebabkan kerahsiaan perniagaan. Tidak jelas sama ada geran itu datang daripada Dana Pembangunan Pelancongan.
Namun, STB dan MCCY menyatakan bahawa konsert Swift "berkemungkinan besar menjana manfaat besar kepada ekonomi Singapura, terutamanya kepada aktiviti pelancongan seperti hospitaliti, runcit, pelancongan dan keluar luar".
Encik Tan berkata dana itu juga telah membantu lebih 100 perniagaan pelancongan tempatan menjadi "lebih produktif dan mampan" dan memperkenalkan beberapa tarikan dan acara gaya hidup di Singapura, seperti kapal pelayaran Disney Cruise Line yang baharu.
Daya tarikan dan pengalaman ini akan dilancarkan pada tahun-tahun akan datang untuk membantu Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular, tambahnya.
Singapura juga akan menjadi tuan rumah beberapa acara Mice tahun ini, seperti Persidangan Global Majlis Pelancongan Mampan Global, yang pertama di Singapura.
"Kami boleh menjangkakan lebih banyak acara Mice dan hiburan apabila kerja-kerja perluasann MBS (Marina Bay Sands) selesai pada 2028," tambah Encik Tan.
Resort bersepadu itu akan membina menara keempat menempatkan 587 bilik hotel, arena hiburan dengan 15,000 tempat duduk dan tarikan awam atas bumbung. MBS diberi masa sehingga April 2024 untuk memulakan projek itu, dan tarikh akhir perojek itu siap dilanjutkan ke 8 April 2028 — tiga tahun selepas tarikh akhir asalnya pada 2025.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.