Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suntikan dos penggalak ke-2 tidak disyorkan bagi warga emas 60-79 tahun: MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Suntikan dos penggalak ke-2 tidak disyorkan bagi warga emas 60-79 tahun: MOH

(Gambar fail: Ong Ye Kung/Facebook)

SINGAPURA: Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V) tidak menyarankan warga emas yang berusia 60 hingga 79 tahun untuk disuntik dos penggalak kedua. 

Namun, mereka boleh menerima suntikan dos tersebut jika mereka mahu, menurut Pengarah Khidmat Perubatan Kenneth Mak pada Jumaat (22 Apr). 

Dos penggalak kedua harus diberi sekitar lima bulan selepas menerima dos penggalak yang pertama. 

Mereka yang berusia 60 hingga 79 tahun boleh menerima  dos penggalak kedua dengan pergi ke mana-mana pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin mRNA sebelum 7.00 malam. 

Langkah ini tambahan kepada saranan terdahulu bagi pemberian dos penggalak kedua untuk kumpulan tertentu - warga emas berusia 80 tahun ke atas, penghuni kemudahan jagaan warga emas dan mereka yang mudah terjejas dari segi perubatan.

EC19V juga menyarankan suntikan dos penggalak bagi pesakit COVID-19 yang sudah pulih berusia 12 tahun dan ke atas yang sudah lengkap divaksin, memandangkan daya tahan yang semakin merosot. 

Pemberian dos penggalak harus diambil sebelum sembilan bulan selepas lengkap dua suntikan pertama, dan sekurang-kurangnya 28 hari setelah terkena jangkitan virus. 

Mulai 1 Jun, pesakit COVID-19 yang sudah pulih perlu mendapatkan dos penggalak mereka dalam masa sembilan bulan daripada suntikan dos asas terakhir mereka, agar dapat mengekalkan status vaksinasi mereka. 

Mereka boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi sebelum 7.00 malam untuk mendapatkan suntikan dos penggalak mereka. 

Vaksinasi dos penggalak bagi  pekerja hijrahan di dormitori yang sudah pulih dan pemegang permit kerja dalam sektor Binaan, Limbungan Kapal dan Pemprosesan (CMP) akan dijadualkan dan diumumkan kemudian. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan