Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suntikan dos penggalak bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun akan disediakan dalam 2 bulan: MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Suntikan dos penggalak bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun akan disediakan dalam 2 bulan: MOH

(Gambar: KK Women's and Children's Hospital)

Diterbitkan : 01 Aug 2022 06:03PM Dikemas Kini : 01 Aug 2022 06:06PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) rancang untuk melaksanakan suntikan dos penggalak bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam masa dua bulan akan datang.

Bercakap di Parlimen pada Isnin (1 Ogos), Menteri Kanan Kesihatan, Janil Puthucheary berkata dos ketiga mRNA untuk kumpulan kanak-kanak itu "mungkin perlu pada masa akan datang bagi memastikan tahap perlindungan yang tinggi".

"Buat masa ini, hanya vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty diluluskan untuk digunakan bagi kanak-kanak berumur lima tahun hingga remaja 17 tahun di Singapura," kata Dr Puthucheary.

"Kanak-kanak yang tidak layak dari segi perubatan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 BioNTech/Comirnaty, boleh menerima vaksin Sinovac-CoronaVac menerusi program kesihatan awam, sementara vaksin Moderna untuk kumpulan usia ini masih dalam penilaian."

VAKSINASI UNTUK KANAK-KANAK BAWAH LIMA TAHUN

Dalam pada itu, MOH sedang membuat persiapan untuk menjalankan vaksinasi bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun menjelang suku keempat tahun ini.
Kanak-kanak bawah lima tahun merupakan kumpulan umur yang terakhir yang masih belum lagi dilindungi oleh vaksinasi.

"Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) sedang menyemak data yang diberi Pfizer/BioNTech dan Moderna berhubung vaksin COVID-19 untuk kumpulan umur ini. Kami akan memberikan perkembangannya apabila penilaian berkaitan mutu, keberkesanan dan keselamatan vaksin selesai dijalankan," kata Dr Puthucheary.

Kanak-kanak bawah umur lima tahun masih "mudah terjejas kepada jangkitan COVID-19 dan mempunyai kadar gejala lebih teruk berbanding kanak-kanak lebih besar" - tetapi keadaan ini sama dengan penyakit pernafasan yang lain, tambah beliau.

"Namun, secara keseluruhan berlakunya jangkitan yang teruk dari jangkitan COVID-19 masih rendah dalam kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa dan warga emas."

Baru-baru ini, dua kanak-kanak di Singapura meninggal dunia setelah dijangkiti COVID-19. Seorang budak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia pada Julai manakala kanak-kanak berusia setahun setengah meninggal dunia pada Jun.

Menurut Dr Puthucheary berdasarkan data tempatan dan luar negara, "subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 tidak menjejas kanak-kanak dengan lebih teruk berbanding varian sebelumnya, dan jangkitan COVID-19 yang teruk jarang berlaku, terutama dalam kalangan mereka yang telah divaksin".

"Hospital terus mengutamakan penjagaan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan yang terdesak, dan mereka yang memerlukan pemerhatian dan rawatan lanjut akan dimasukkan ke hospital. MOH akan terus menyemak dan mengemaskini kriteria pemeriksaan dan penilaian dengan sebuah panel doktor pakar."

UBAT ANTIVIRUS

Di bawah Laluan Akses Khas Pandemik yang dikendalikan HSA, pil makan antivirus boleh digunakan bagi pesakit berusia 18 tahun ke atas sahaja, dimaklum Dr Puthucheary.

Bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 18, garis panduan bagi rawatan tempatan dan luar negeri menunjukkan pil Paxlovid boleh dipertimbangkans berdasarkan kes, kata beliau.

MOH akan terus menyemak bukti untuk penggunaan pil antivirus bagi kanak-kanak bawah 18 tahun.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan