Skip to main content

Singapura

Suntikan dana S$2.9 juta untuk pembekal makanan tempatan tingkatkan aliran tunai & kembangkan perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Oct 2023 07:37PM Dikemas Kini : 26 Oct 2023 10:16PM
SINGAPURA: Para pembekal makanan tempatan akan mendapatkan lebih banyak bantuan untuk tingkatkan aliran tunai dan kembangkan perniagaan.

Rangkaian pasar raya dan kumpulan syarikat FairPrice akan menyuntik S$2.9 juta dana baru bagi menyokong skim bagi syarikat-syarikat SME.

Mula dilancarkan 10 tahun lalu, S$18 juta dana skim tersebut sudahpun dimanfaatkan sekitar 500 syarikat pembekal makanan.

Demikian diumumkan di Pesta "Buatan Singapura" oleh FairPrice.

Acara tahunan itu adalah kerjasama dengan Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi para petani dan pengeluar tempatan menonjolkan produk masing-masing.

Lebih 40 produk buatan Singapura ditonjolkan, dari produk sayuran kepada ikan dan telur.

Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Dr Koh Poh Koon berkata pemerintah komited kepada visi menghasilkan 30 peratus keperluan makanan negara menjelang 2030.

Pihak berkuasa tempatan tambah Dr Koh, akan terus membantu sektor tersebut menghadapi cabaran-cabaran.

Menurut Dr Koh, baru-baru ini ladang-ladang tempatan menghadapi cabaran seperti harga daya tenaga dan kadar faedah lebih tinggi yang tentu saja menjejas kos perniagaan.

Namun pemerintah kata beliau, terus membantu ladang-ladang di sini meningkatkan kapasiti dan keupayaan untuk berkembang.

SFA juga menyatakan ia menyediakan dana bersama untuk meningkatkan teknologi dalam sekitaran lebih berdaya tahan dan cekap.
Sumber : CNA/IQ/RR/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita