Suntikan dana S$32 juta beri manfaat kepada 10,000 pekerja khidmat makanan, runcit
Sektor perkhidmatan makanan dan runcit akan menerima sokongan latihan yang dipertingkat mulai 1 April hingga hujung bulan Jun.
SINGAPURA: Sektor perkhidmatan makanan dan runcit akan menerima sokongan latihan yang dipertingkat mulai 1 April hingga hujung bulan Jun.
Sokongan ini di bawah Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai S$4 bilion yang diumumkan semasa Belanjawan 2020.
Lebih 1,000 majikan dalam sektor perkhidmatan makanan dan runcit akan dapat memanfaatkan pendanaan lebih daripada S$32 juta kepada SkillsFuture.
Ini akan dapat memberi manfaat kepada sekitar 10,000 pekerja.
Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat mengumumkan langkah-langkah yang dipertingkat termasuk gaji tidak hadir yang akan dinaikkan kepada 90 peratus dengan jumlah maksimum sebanyak S$10 sejam.
Pemerintah akan meningkatkan jumlah pembiayaan bersama untuk yuran kursus kepada 90 peratus, naik daripada 50 peratus.
Encik Chee berharap inisiatif-inisiatif meningkatkan kemahiran pekerja akan membantu tenaga kerja bersedia untuk kebangkitan ekonomi.
Syarikat-syarikat juga boleh mengharapkan langkah-langkah yang lebih disasarkan dalam pakej rangsangan kedua tidak lama lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.