Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sun Xueling kritik Meta kerana tidak bertindak secukupnya untuk banteras kes penipuan di Facebook

Anggaran Waktu Membaca:
Sun Xueling kritik Meta kerana tidak bertindak secukupnya untuk banteras kes penipuan di Facebook
Diterbitkan : 29 Feb 2024 10:56PM Dikemas Kini : 29 Feb 2024 10:57PM
SINGAPURA: Menteri Negara Sun Xueling pada Khamis (29 Feb) mengkritik kurangnya kerjasama Meta dengan pemerintah Singapura dalam usaha membanteras penipuan.

Meta, syarikat induk Facebook, "secara konsisten menolak" saranan-saranan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan terhadap kes-kes penipuan di platform media sosial, dedah Cik Sun kepada Parlimen.

Saranan-saranan tersebut termasuk mengesahkan pengguna terhadap ID keluaran pemerintah dan menawarkan pilihan pembayaran yang selamat untuk pengguna online.

Sebanyak 9,783 kes penipuan e-dagang dilaporkan di Singapura pada tahun lalu, lebih seganda daripada 4,762 kes yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, dengan para mangsa mengalami kerugian sebanyak S$13.9 juta secara keseluruhannya. Hampir separuh daripada kes-kes penipuan itu dilakukan melalui Facebook, jelas Cik Sun.

Facebook adalah satu-satunya platform dalam Penilaian Keselamatan Urus Niaga Pasaran E-Dagang (TSR) yang belum melaksanakan, atau mula melaksanakan ciri-ciri keselamatan yang disarankan.

"Disebabkan itu, Facebook Marketplace disenaraikan di kedudukan terendah dalam TSR buat dua tahun berturut-turut," katanya.

TSR menilai platform-platform e-dagang popular berhubung langkah-langkah mereka untuk melindungi para pengguna daripada kes-kes penipuan. Facebook mempunyai rating keselamatan satu tanda 'rait', berbanding platform-platform seperti Amazon, Lazada dan Qoo10 yang mempunyai rating tertinggi dengan sebanyak empat tanda 'rait'.

Manakala, platform-platform seperti Shopee dan Carousell, sedang berganding bahu dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan polis untuk membanteras kes-kes penipuan, jelasnnya.

"Saya menggesa Meta supaya mempertingkatkan (usaha) dan melakukan yang sewajarnya untuk pengguna anda," tegas Cik Sun.

LAMAN ANTIPENIPUAN

Cik Sun berucap di Parlimen mengenai usaha Singapura membasmi kes-kes penipuan sedang Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) membentangkan perbelanjaannya bagi tahun ini menyusuli perbahasan di Parlimen mengenai Belanjawan 2024.

Rancangan itu termasuk "portal sehenti" yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini untuk orang awam mendapatkan maklumat dan sokongan.

Sumber-sumber antipenipuan akan disatukan di laman tersebut, termasuk nasihat mengenai apa yang harus dilakukan oleh seseorang individu jika mereka fikir mereka telah menjadi mangsa kes penipuan.

Ini dilaksanakan sedang kes penipuan terus membentuk sebahagian besar jenayah di Singapura. Pada 2023, para mangsa mengalami kerugian S$651.8 juta dengan sebanyak 46,563 kes dicatatkan - perangkaan tahunan tertinggi sejak polis mula mengesan kes-kes penipuan pada 2016.

Penipuan pekerjaan adalah jenis penipuan yang paling ramai menjadi mangsa, diikuti oleh penipuan e-dagang, penipuan panggilan rakan palsu, penipuan pancingan data dan penipuan pelaburan.

Mereka yang berusia bawah 50 tahun membentuk hampir 75 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa penipuan.
 

KEKANGAN TENAGA KERJA POLIS

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam menarik perhatian kepada bagaimana jumlah pegawai penyiasat (IO) menangani kes penipuan tidak seiring dengan kenaikan mendadak pada bilangan kes penipuan.


Beliau berkata banyak kes rumit dan memerlukan para penyiasat untuk "meneliti lebih banyak bukti berbanding sebelum ini".


Sungguhpun jumlah kes penipuan yang dilaporkan meningkat enam kali ganda sejak 2018, jumlah IO yang menangani kes-kes penipuan hanya naik kira-kira 11 peratus. Encik Shanmugam menyifatkan ini sebagai "jurang yang ketara".


Kementerian tersebut sedang menangani isu itu dengan cuba mengautomasikan dan memperhalusi proses tugas siasatan jika boleh, tambah Encik Shanmugam.

Kementerian itu juga sedang bekerja rapat dengan agensi-agensi pemerintah tertentu untuk memperolehi sokongan sumber tambahan bagi membantu siasatan polis.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan