Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumber utama lemak trans buatan diharamkan: MOH

Minyak separa berhidrogen (PHO) - bahan yang merupakan sumber utama lemak trans buatan dalam makanan-makanan seperti marjerin, kerepek kentang dan makanan segera - akan diharamkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), kata Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin di Parlimen hari ini (6 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Sumber utama lemak trans buatan diharamkan: MOH

Gambar fail.

Diterbitkan : 06 Mar 2019 07:07PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 07:09PM

SINGAPURA: Minyak separa berhidrogen (PHO) - bahan yang merupakan sumber utama lemak trans buatan dalam makanan-makanan seperti marjerin, kerepek kentang dan makanan segera - akan diharamkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), kata Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin di Parlimen hari ini (6 Mac).

MOH menyatakan bahawa terdapat empat kategori produk makanan yang berkemungkinan mengandungi PHO - snek, makanan dibakar, makanan siap saji dan sapuan makanan berlemak. Daripada keempat-empat kategori itu, dianggarkan sekitar 10 peratus produk dalam pasaran kini mengandungi PHO.

Sekarang ini, sudah ada sekatan terhadap PHO. Mengikut undang-undang, para pengeluar makanan perlu mengisytihar dan menghadkan lemak trans dalam minyak masak dan produk berlemak. Ini menyebabkan pengambilan lemak trans dalam kalangan rakyat tempatan berkurangan separuh - daripada sekitar dua gram sehari pada 2010 kepada 1 gram sehari pada 2018, kata Encik Amrin.

Singapura menyusuli Amerika Syarikat, Kanada dan Thailand dalam menguatkuasakan larangan terhadap PHO.

Namun, mengharamkan para pengilang daripada menggunakan PHO tidak harus menjejas pilihan dan kos makanan, tambah Encik Amrin. MOH sudah mengadakan rundingan dengan industri makanan tempatan, yang umumnya menyokong langkah itu. Encik Amrin turut mengatakan bahawa industri tersebut akan diberikan masa untuk membuat penyesuaian.

Seorang jurucakap MOH berkata bahawa melarang penggunaan PHO dan menghapuskan lemak trans buatan dalam diet rakyat Singapura dapat dilakukan
dengan penggunaan bahan-bahan alternatif seperti minyak bunga matahari dan minyak kanola, yang lebih sihat dan tidak mengandungi lemak tepu, berdasarkan konsultasi dengan pihak industri.

PHO BAHAN UTAMA DALAM MAKANAN DIPROSES

Pakar diet Polikilinik-Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG), Cik Alvernia Chua berkata PHO biasa digunakan dalam makanan-makanan diproses bagi memperbaiki rasa dan tekstur makanan serta meningkatkan kestabilan perisa.

Namun Cik Chua memberi amaran salah faham mungkin akan timbul daripada larangan yang dirancangkan itu, menyebabkan pelanggan memilih mentega berbanding marjerin sebagai pilihan lebih sihat.

"Ini juga tidak disarankan kerana mentega, walaupun tidak mengandungi PHO, mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi. Pilihan lebih sihat adalah marjerin lembut yang bebas-PHO dan mempunyai kandungan lemak tidak tepu lebih tinggi," katanya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan