Sumber utama doktor SG dari sekolah perubatan tempatan; disokong warga asing bagi ringankan beban kerja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Joe Raedle)
SINGAPURA: Sekolah-sekolah perubatan tempatan merupakan sumber utama pengambilan doktor di Singapura, namun, ia dilengkapi dengan pengambilan doktor dari luar negara untuk meringankan beban kerja di hospital-hospital, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Janil Puthucheary di Parlimen pada Isnin (7 Nov).
Singapura merekrut doktor warga asing dari lima negara utama iaitu India, Malaysia, Myanmar, Filipina dan United Kingdom (UK), tambah beliau.
Dr Puthucheary berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Anggota Parlimen Don Wee (PAP-Chua Chu Kang), yang mengajukan pertanyaan tentang sama Kementerian Kesihatan (MOH) akan mempertimbangkan untuk menambah jumlah kemasukan penuntut ke sekolah perubatan tempatan serta meluaskan negara dari mana doktor warga asing diambil untuk bekerja di Singapura.
Sepanjang tempoh 10 tahun, sekolah-sekolah perubatan Singapura meningkatkan pengambilan penuntut gabungan sekitar 60 peratus, daripada 320 pada 2010 kepada 510 pada 2019, kata Dr Puthucheary.
Beliau menarik perhatian sekolah-sekolah tersebut menerima 40 pelajar perubatan tambahan setiap tahun pada 2020 dan 2021 untuk menampung para pelajar yang mana pengajian perubatan mereka di luar negara terjejas dek pandemik Covid-19.
Selain para doktor dari sekolah-sekolah perubatan Singapura, sekitar 200 warga tempatan yang menuntut atau mengamalkan bidang perubatan di luar negara pulang ke tanah air setiap tahun.
Kebanyakan mereka melanjutkan pengajian di Australia, UK atau Ireland, kata Dr Puthucheary.
"Di samping itu, kami melengkapkan pengambilan doktor dengan doktor-doktor yang bertauliah dari universiti-universiti negara lain yang diiktiraf untuk meringankan beban di jabatan-jabatan dan hospital-hospital tertentu," tambah beliau.
Soalan parlimen itu dibangkitkan sekitar sebulan selepas MOH Holdings (MOHH), syarikat induk bagi kelompok-kelompok jagaan kesihatan awam Singapura, menyatakan bahawa lebih 90 peratus daripada doktornya merupakan warga tempatan.
MOHH menjawab pertanyaan media selepas satu tender baru-baru ini yang dikeluarkan untuk mengambil doktor dari India mencetuskan perbahasan online

Pada Isnin, Dr Puthucheary berkata kadar pemberhentian doktor dalam sektor jagaan kesihatan awam boleh diterima, iaitu antara 3 hingga 5 peratus dari 2019 hingga 2021.
Menjawab satu lagi soalan dari Encik Wee mengenai sekiranya MOH boleh berkerjasama dengan Kementeriaan Pendidikan (MOE) untuk meningkatkan jumlah kemasukan graduan politeknik ke dalam sekolah-sekolah perubatan tempatan, Dr Puthucheary berkata satu rangka kerja sudahpun disediakan untuk menetapkan piawai yang diperlukan bagi memasuki sekolah-sekolah perubatan serta mengamalkan jurusan itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.