Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumber tenaga S'pura dari bateri kereta?

Para pemilik kenderaan elektrik di Singapura kini boleh menjual semula tenaga elektrik daripada bateri kereta mereka kembali kepada tempat mengecas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Sep 2020 05:35PM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 08:41PM

SINGAPURA: Para pemilik kenderaan elektrik di Singapura kini boleh menjual semula tenaga elektrik daripada bateri kereta mereka kembali kepada tempat mengecas.

Ia mungkin menjadi kenyataan jika ujian yang dijalankan syarikat SP Group untuk meneroka teknologi mengecas daripada kenderaan grid elektrik berjaya.

Firma tersebut mahu menggunakan teknologi itu sebagai satu lagi sumber tenaga untuk grid elektrik negara sedang Singapura mempertingkat prasarana bagi kenderaan elektrik dan sasaran tenaga bersih.

SP Group membuat pelaburan untuk menguji kaedah mengecas dua hala yang boleh mengecas kenderaan dan pada masa yang sama juga boleh menerima tenaga elektrik daripadanya.

Ini sedang syarikat itu terus membangunkan tempat-tempat mengecas di merata Singapura walaupun ada kelengahan dek pandemik COVID-19.

Menurut SP Group, langkah menyepadukan teknologi tersebut dengan grid elektrik negara boleh menjadi anak kunci dalam menangani gangguan akibat sumber tenaga yang mampan seperti tenaga suria yang hanya boleh diraih pada waktu-waktu tertentu.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan