Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumbangan wanita kepada S'pura diraikan dalam pameran di Muzium Negara

Pameran meraikan sumbangan wanita kepada Singapura selepas kemerdekaan bertajuk "The Lives of Women" sedang berlangsung di Muzium Negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sumbangan wanita kepada S'pura diraikan dalam pameran di Muzium Negara
Diterbitkan : 02 Nov 2019 05:54PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 06:27PM

SINGAPURA: Pameran meraikan sumbangan wanita kepada Singapura selepas kemerdekaan bertajuk "The Lives of Women" sedang berlangsung di Muzium Negara.

Pameran tersebut juga mengimbau kembali dasar-dasar dan pembangunan penting yang telah memberi kesan kepada kehidupan wanita di Singapura sepanjang lima dekad yang lalu.

Ia akan dibuka sehingga pertengahan Januari tahun depan.

Ini merupakan bahagian kedua daripada siri tiga bahagian yang dianjurkan Singapore Women's Hall of Fame atau Dewan Termasyhur Wanita Singapura (SWHC) dengan kerjasama Muzium Negara.

Bahagian pertama dipamerkan pada tahun lalu dan memaparkan bagaimana keadaan kehidupan wanita sebelum kemerdekaan Singapura.

Yang ketiga, yang dijangka diadakan hujung tahun depan akan memaparkan bagaimana kehidupan golongan wanita pada tahun 2050. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan