Sumbangan SG kepada dana 'kerugian dan kerosakan' iklim akan dirunding
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu, semasa Sidang Puncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Gambar: AP)
SINGAPURA: Perjanjian penting di sidang puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menubuhkan dana bagi membantu negara membangun yang dilanda cuaca ekstrem adalah langkah positif, namun pelibatan Singapura masih perlu dirundingkan.
Mengulas tentang memberi sumbangan kepada pangkalan penderma bagi dana baru tersebut, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu, berkata pada Ahad (20 Nov) bahawa Singapura percaya kepada pendekatan berbilang pihak dan akan menyertainya dalam semangat kerjasama yang saling memanfaatkan."

"Ini adalah perkara yang harus dirundingkan. Ada beberapa konteks sejarah tertentu mengenai bagaimana kewangan iklim berlaku. Ia seharusnya berdasarkan asas yang dipersetujui dalam Perjanjian Paris namun dengan tanggungjawab yang dibezakan," kata beliau, menggulung sesi wawancara selepas persidangan iklim COP27 di Mesir.
"Kami masih perlu berbincang dengan pihak-pihak mengenai mutu dan juga syarat aturan pembiayaan. Kami ingin melihat bagaimana kami boleh memainkan peranan dalam aturan rasmi."
SUMBANGAN BANTUAN IKLIM SINGAPURA
Singapura, menerusi caranya tersendiri, sudah memainkan peranan bermanfaat dalam tindakan iklim seperti memberikan sokongan teknikal dan keupayaan kepada negara membangun, kata Cik Fu.
Sebagai contoh, Singapura memberikan bantuan melalui Kemudahan Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara, iaitu platform serantau bagi daya tahan kewangan terhadap perubahan iklim, kata beliau.
Cik Fu berkata dana baru itu akan "membantu menyokong masyarakat dan mereka yang memerlukan" dan Singapura akan berunding bagaimana ia akan memainkan peranan pada masa hadapan.
Butiran mengenai dana itu akan dimaklumkan tahun depan.
KURANGKAN SUHU DUNIA KEPADA 1.5 DARJAH SELSIUS
Cik Fu juga menarik perhatian mengenai matlamat untuk mengehadkan kenaikan suhu global sebanyak 1.5 darjah Selsius.
"Proses rundungan mungkin tidak bergerak secepat yang kami inginkan," kata beliau.
"Namun di luar proses rundingan, kami melihat banyak perubahan, kami melihat tenaga, sumber dan teknologi baru. Saya rasa inilah mengapa kita harus kekal optimis kerana negara dengan pemikiran yang sama sedang mengumpulkan sumber mereka dan menubuhkan perikatan serta memulakan projek-projek."
KURANGKAN PELABURAN DALAM BAHAN BAKAR FOSIL
Mengenai isu bahan bakar fosil, Cik Fu berkata "Kami sudah menyokong untuk mengurangkan pelaburan dalam arang batu secara berperingkat dan kami akan melalukan yang terbaik untuk mematuhi perjanjian antarabangsa, sama ada ia dicapai oleh beberapa pihak ataupun di Sidang Puncak Iklim COP berikutnya."
PENCAPAIAN BAIK DI COP27 MESKI KEADAAN SUKAR
Cik Fu berkata penting untuk Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) PBB, yang akur dengan kerentanan semua negara terhadap kesan perubahan iklim, supaya kekal relevan.
"Dunia memerlukan bukti bahawa pendekatan berbilang pihak berhasil dan kekal relevan. Kami juga ingin menjadi kawasan di mana isu rentas sempadan
dan global akan ditangani oleh semua pihak dalam masyarakat global dan UNFCCC harus terus kekal relevan dalam hal berkenaan".
Secara keseluruhan, negara-negara sudah mencapai keputusan sebaik yang mampu semasa sidang puncak COP27. Ini memandangkan keperluan ekonomi dan geopolitik yang sukar seperti kadar inflasi yang melonjak, masalah tenaga dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata Cik Fu.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.