Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumbangan peniaga bukan Melayu/Islam jayakan acara amal Pertapis

Semangat gotong royong antara masyarakat berbilang kaum amat menyerlah dalam penganjuran acara amal tahunan 'Care & Share' Pertapis kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semangat gotong royong antara masyarakat berbilang kaum amat menyerlah dalam penganjuran acara amal tahunan 'Care & Share' Pertapis kali ini.

Sekitar 70 sukarelawan menyingsing lengan bagi mengagihkan habuan makanan kepada sekitar 640 penerima bantuan Pertapis sempena Ramadan yang bakal tiba.

Sebanyak $120,000 diperuntukkan dengan sumbangan juga daripada para peniaga bukan Melayu/Islam di Joo Chiat Complex.

Acara hari ini juga bertujuan mengumpul dana bagi Tabung Amal Jariah (TAJ) untuk meningkatkan lagi program-program seperti kelas-kelas tuisyen bagi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah.

"Kita mengadakan kursus-kursus untuk para penerima bantuan kita ini supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengan lebih baik lagi, supaya mereka dapat melihat dunia ini dengan lebih cerah lagi, kerana dunia sekarang memerlukan kefahaman teknologi, kefahaman dari segi menggunakan computer dan sebagainya," kata Presiden Pertapis Encik Hussaini Abdullah.

Para penerima bantuan pula gembira kerana menerima habuan makanan, barang-barang dapur dan keperluan lain.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan