Sumbangan lebih 400 pekerja hijrahan diraikan sempena SG60
Lebih 400 pekerja hijrahan diraikan dalam satu jamuan makan tengah hari khas sempena SG60 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada Singapura.
Lebih 400 pekerja hijrahan diraikan dalam satu jamuan makan tengah hari khas sempena SG60, yang turut menyaksikan pelancaran anugerah HealthServe. (Gambar: Mediacorp)
Acara tersebut turut menyaksikan pelancaran anugerah HealthServe, yang memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang menunjukkan keprihatinan terhadap pekerja hijrahan.
Para pekerja hijrahan dapat menikmati jamuan gaya "banquet", serta persembahan khas di sebuah hotel tempatan.
Dalam pada itu, Presiden Tharman Shanmugaratnam menyampaikan anugerah kepada enam individu atas usaha mereka memperbaiki kehidupan pekerja hijrahan.
“Apabila saya lihat rakan saya menghadapi masalah dalam kehidupan peribadi atau pekerjaan, saya cuba untuk bercakap dengan mereka, cuba memahami apa yang berlaku, dan saya cuba mencari jalan sama ada saya boleh membantu mereka atau menasihati apa yang perlu dibuat atau bagaimana untuk melakukannya,” kata penerima Anugerah Outstanding Peer Support Leader, Rasel.
“Saya rasa ini satu usaha yang sangat baik buat mereka yang telah membina Singapura selama ini, yang terpisah daripada keluarga mereka semasa bekerja di sini, dan yang bertugas dalam sektor-sektor tertentu di mana, selalunya, ramai rakyat Singapura tidak berminat untuk bekerja,” kata Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.