Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumbangan KGMS dihargai menerusi sajian bufet sempena Hari Guru

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sumbangan dan bakti para anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) disanjung dalam satu acara istimewa yang diadakan sempena cuti Hari Guru pada Isnin (11 Sep).

Seramai 10 anggota KGMS diraikan dalam jamuan tengah hari di Restoran Permata atas "pengorbanan dan dedikasi mereka dalam memajukan pendidikan dan melestarikan budaya Melayu yang kaya dengan sejarah".

Pengarah Eksekutif Permata, Encik Fajar Ali Mohd berkongsi: "Kami sangat menghargai pengorbanan dan usaha luar biasa yang diberikan oleh para guru, terutama guru-guru Melayu. Dalam usaha kami untuk mempromosikan pembelajaran bahasa Melayu dan mewujudkan nilai-nilai budaya Melayu, kami berasa ia penting untuk bersama-sama merayakan Hari Guru dengan KGMS."

Presiden KGMS, Encik Rohan Nizam Basheer, turut menyampaikan penghargaannya kepada Restoran Permata atas undangan khas tersebut.

"Kami sangat berterima kasih kepada Restoran Permata atas kesempatan ini untuk merayakan Hari Guru bersama-sama.

"Kami menghargai usaha mereka dalam memperkenalkan masakan Nusantara kepada anak-anak muda, sejajar dengan tujuan kami untuk mempromosikan budaya Melayu," kata Encik Rohan Nizam Basheer.

(Gambar: Chef Mel Dean)


Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah juga diundang bagi menyerikan lagi acara tersebut.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih beliau atas dedikasi mereka dalam mendidik "anak-anak kita".

"Saya berharap anda terus memberikan motivasi yang luar biasa kepada generasi mendatang," ujar beliau.

Bagi mewarnai acara berkenaan, para anggota KGMS itu juga dihidangkan dengan sajian bufet dengan tema makanan dari Pulau Pinang, yang dipilih khas oleh Pengarah Kulinari Restoran Permata, Chef Mel Dean.

Ini termasuk Patah Mee Goreng Sotong, Nasi Kandar, Pasembur dan Asam Laksa.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan