Sumbangan belia penting pastikan negara terus berkembang maju: Edwin Tong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Demi memastikan Singapura dapat berkembang maju dari satu generasi ke generasi seterusnya, amatlah penting untuk belia terus menyumbang kepada masyarakat.
Ini ditekankan Menteri Undang-undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong dalam ucapannya di majlis penyampaian Anugerah 4PM-ITE pada Jumaat (28 Nov).
"Kita meraih manfaat daripada kerja dan kemurahan hati generasi terdahulu kita. Kita mendapat manfaat dalam kehidupan hari ini dengan mentor kita," ujar Encik Tong, selaku tetamu terhormat majlis tersebut.

Lantas, Encik Tong menyeru para belia supaya menyumbang kembali kepada masyarakat apabila mereka “berada dalam kedudukan untuk membalas budi”.
"Suatu hari, anda semua akan menjadi mentor kepada orang lain yang sedang menghadapi cabaran dan anda akan merubah kehidupan mereka. Dan bersama, kita akan menjadikan Singapura lebih kukuh bersama, penyayang, pastinya inklusif," tambah Encik Tong.
Di majlis tahunan itu, seramai 45 pelajar terbaik dari tiga kolej ITE diiktiraf dengan Anugerah Bestari atas prestasi cemerlang mereka dalam bidang akademik dan kepimpinan.
MUHD RAYN ZAINUDIN, FAZLI ZAINI ANTARA PELAJAR CEMERLANG ITE DIIKTIRAF TAHUN INI
Muhammad Rayn Zainudin merupakan antara 45 penerima Anugerah Bestari tahun ini.

Pelajar Kolej ITE Barat itu bahkan, merupakan satu-satunya pelajar yang diiktiraf dengan Anugerah Bestari Gemilang.
"Saya berasa gembira mendapat anugerah ini kerana ia mendorong saya untuk bekerja lebih keras untuk masa depan saya. Anugerah ini buat saya untuk mahu buat lebih kepada masyarakat dan buat lebih bagus di dalam sekolah saya," jelasnya.
Beliau menyimpan hasrat untuk bertugas di Khidmat Digital dan Risikan (DIS), yang bertanggungjawab memperkukuh keselamatan digital negara, kelak.
Dalam memenuhi cita-citanya itu, beliau sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Keselamatan Siber dan Forensik Digital di Politeknik Singapura.
Seorang lagi penuntut ITE yang diiktiraf dengan Anugerah Bestari ialah Fazli Zaini.

Fazli merupakan salah seorang daripada dua penerima Anugerah Bestari Daya Bingkas tahun ini.
Beliau sempat berkongsi bahawa ibunya sentiasa berada di sisi mendorongnya melakukan yang terbaik dalam apa jua yang diceburinya.
"Ibu saya sudah berada di sisi saya daripada dahulu lagi. Jadi dialah yang selalu memberikan motivasi dan juga memberi sokongan daripada saya kecil sampai besar sekarang," luah pelajar ITE Kolej Barat itu.
ARYSSA QAISARA, PENERIMA ANUGERAH KEMAJUAN TERBAIK PROGRAM FRENZ MENTORING, KINI LEBIH SEMANGAT PERTINGKAT DIRI
Majlis pada Jumaat lalu turut meraikan kemajuan yang dicapai para peserta Program FRENZ Mentoring.
Program FRENZ Mentoring merupakan program pementoran menyeluruh yang dilakarkan khususnya untuk menyokong pelajar ITE berisiko. Dengan bimbingan daripada para mentor dan pekerja sosial, program itu memperkasa keyakinan, daya tahan dan kekuatan pelajar untuk fokus terhadap pembelajaran.

Penyertaan dalam program itu telah menyuntik keyakinan baharu buat Aryssa Qaisara, yang kini bukan sahaja lebih berdaya usaha mempertingkatkan diri, malah menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam bidang akademik.
Beliau merupakan antara 18 penerima Anugerah Kemajuan Terbaik Program FRENZ Mentoring tahun ini.
"Program FRENZ telah menolong saya dalam pelbagai segi aspek seperti contoh, ia membuat saya berasa lebih mahu ke sekolah, memberi saya motivasi untuk terus pertingkatkan diri saya dan disebabkan FRENZ juga, saya telah meningkatkan GPA saya dan saya sangat terharu kerana adanya mereka," ujar pelajar Kolej ITE Timur itu.
Selain Anugerah Kemajuan Terbaik, Anugerah Mentor Cemerlang FRENZ turut disampaikan kepada enam pelajar.
Tahun ini, program tersebut memperkenalkan aktiviti inovatif AI Goal Portrait yang membolehkan para pelajar menggambarkan aspirasi mereka secara kreatif.
Malah, para hadirin di majlis tersebut berpeluang menikmati persembahan khas oleh dua peserta FRENZ.
Menariknya, persembahan itu turut menampilkan sebuah lagu asal yang mendapat sentuhan Pengarah Eksekutif 4PM, Didicazli Ismail, diiringi muzik yang dihasilkan menggunakan AI.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.