Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumbangan amah di tengah COVID-19 diraikan dalam acara maya

Lebih 9,000 pekerja pembantu rumah dan tetamu lain menghadiri 'Sambutan Pekerja Pembantu Rumah Hari Buruh NTUC'.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jun 2021 07:20PM Dikemas Kini : 13 Jun 2021 09:01PM

SINGAPURA: Lebih 9,000 pekerja pembantu rumah dan tetamu lain menghadiri 'Sambutan Pekerja Pembantu Rumah Hari Buruh NTUC'.

Acara yang diadakan secara maya itu memaparkan permainan, cabutan bertuah dan persembahan oleh pekerja-pekerja pembantu rumah di Singapura.

Ia diserikan lagi oleh persembahan artis-artis serantau seperti dari Filipina dan Myanmar.

Acara tersebut bertujuan menghargai sumbangan para pekerja pembantu rumah di Singapura meskipun di tengah-tengah pandemik sekarang.

Ia juga satu peluang untuk menyebarkan keceriaan dalam kalangan amah yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga mereka dek kawalan sempadan yang diperketat.

Tetamu kehormat, Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang, mengucapkan terima kasih kepada para pembantu rumah itu kerana menuruti nasihat untuk duduk di rumah seberapa boleh meskipun pada hari cuti mereka.

"Di tengah-tengah cabaran sekarang, para pekerja pembantu rumah hijrahan menjadi tunggak sokongan kepada ramai keluarga di sini," ujar Encik Gan.

"Anda bertungkus lumus menjaga orang-orang tersayang sambil menyenggara rumah-rumah kita. Lantaran itu, kami juga ingin memelihara kesejahteraan anda."

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan