Sumbangan Allahyarham Haji Alla'udin Mohamed kepada perpaduan sosial SG amat besar: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: K Shanmugam/Facebook)
SINGAPURA: Sumbangan Allahyarham Haji Alla'udin Mohamed kepada perpaduan sosial Singapura amat besar.
Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam menerusi catatan Facebook beliau pada Jumaat (15 Nov), sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang sahabat dan pemimpin masyarakat yang luar biasa.
Allahyarham Haji Alla'udin meninggal dunia pada usia 71 tahun pada Khamis (14 Nov).
"Beliau berbakti lebih 25 tahun sebagai Pengerusi Masjid Khalid. Kepimpinan beliau yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk sudah memberi impak positif kepada ramai orang. Saya akan sentiasa mengenang layanan baik beliau, terutama sekali Beriani Dum terkenal yang beliau sendiri sediakan, dengan penuh kasih sayang," tulis Encik Shanmugam.
Encik Shanmugam turut berkongsi antara sumbangan Allahyarham kepada perpaduan sosial.
Allahyarham aktif menerajui Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Geylang Serai sejak 2002.
Dari 2018, Allahyarham berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi Harmony Circle.
"Beliau pejuang berdedikasi bagi keharmonian kaum dan agama, memupuk kefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Geylang Serai dan malah di luar kawasan itu," kata Encik Shanmugam.
Sebagai mengiktiraf komitmen Allahyarham kepada keharmonian kaum di Singapura, Haji Alla'udin dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat pada 2014.
"Kebaikan beliau dan sikapnya yang tidak pernah lelah mengukuhkan hubungan dalam masyarakat kita yang berbilang budaya.
"Beliau sumber kekuatan dan inspirasi, memperkukuh ikatan antara agama dan kaum. Beliau mempererat hubungan dengan banyak kumpulan agama dan berkhidmat kepada masyarakat menerusi cara bekerjasama, dengan agama-agama lain.
"Saya akan sangat merindui beliau. Saya pasti beliau juga akan dirindui oleh masyarakat.
"Semoga legasi beliau memberi inspirasi kepada kita semua untuk meneruskan usahanya menggalakkan keamanan dan perpaduan. Saya mengucapkan sedalam-dalam takziah kepada keluarga dan insan tersayang," kata Encik Shanmugam.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.