Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sumbangan 16 tan kurma lambang ikatan kukuh S'pura-Saudi; Masagos luah harapan hubungan terus mekar

Anggaran Waktu Membaca:
Sumbangan 16 tan kurma lambang ikatan kukuh S'pura-Saudi; Masagos luah harapan hubungan terus mekar

Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli

SINGAPURA: Hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dan Arab Saudi sangat penting dalam memastikan urusan ibadah Haji dan Umrah berjalan lancar bagi para jemaah Singapura.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata kerjasama erat dengan Arab Saudi telah memastikan yang terbaik bagi para jemaah Singapura yang bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tidak lama lagi, selepas dua tahun ditangguhkan akibat COVID-19.

Berkongsi dalam catatan Facebooknya hari ini (24 Mei), Encik Masagos turut menarik perhatian bahawa hubungan erat dan muhibah antara kedua-dua negara juga diraikan secara simbolik dalam satu majlis ringkas berbentuk penyerahan buah kurma yang dihadiahkan oleh Arab Saudi.

 

Sebanyak 16 tan kurma dihadiahkan Arab Saudi kepada pihak-pihak berkepentingan tempatan seperti masjid-masjid.

"Bagi masyarakat kita, kurma menjadi juadah utama untuk berbuka puasa di bulan Ramadan tetapi di Timur Tengah, makna dan kaitannya lebih meluas dari setakat sepanjang bulan suci," kata Encik Masagos.

Encik Masagos berkata beliau berbesar hati dapat menyaksikan acara tahunan pengagihan kurma oleh Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Abdullah Mohammed AlMadhi.

"Saya berbesar hati atas pemberian hadiah sebanyak 16 tan kurma daripada Kerajaan Arab Saudi. Terima kasih seikhlasnya daripada saya bagi pihak Singapura," kata Encik Masagos.

Beliau juga berharap kerjasama erat antara Singapura dan Arab Saudi dan rakyat kedua-dua negara akan terus mekar pada tahun-tahun mendatang.

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan