Skip to main content

Singapura

Sultan Oman Haitham adakan lawatan 3 hari ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Oman Haitham adakan lawatan 3 hari ke SG

Petikan dari Oman TV menunjukkan Sultan Haitham bin Tariq pada 11 Jan 2020 yang baru mengangkat sumpah menjadi pemimpin Oman. (Gambar: OMAN TV / AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2023 08:45AM
SINGAPURA: Sultan Oman Haitham Bin Tarik sedang melakukan lawatan tiga hari ke Singapura, atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Kementerian Ehwal Luar menyatakan lawatan itu mencerminkan penglibatan Singapura yang semakin bertambah di Timur Tengah.

Sultan Haitham akan menerima sambutan istiadat di Istana.

Beliau kemudian akan bertemu Presiden Tharman dan diraikan dalam majlis jamuan negara.

Sultan Haitham juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Sejenis orkid hibrid akan diberi nama sempena Sultan Haitham apabila beliau melakukan kunjungan ke Kebun Bunga Singapura.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita