Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sultan Johor kurniakan PM Lee dan isteri anugerah tertinggi Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2022 12:37PM Dikemas Kini : 06 May 2022 11:28PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini (6 Mei) memberikan anugerah tertinggi Johor Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu istiadat permasyhuran di Istana Besar, Johor Bahru pagi tadi. 

Menurut catatan Sultan Johor di akaun Facebook rasminya, PM Lee, 70 tahun, menerima Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato' SriPaduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Dato'.

Isterinya, Cik Ho Ching, yang baru sahaja bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, juga dikurniakan dengan Darjah Mahkota Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ), yang membawa gelaran Datin Paduka. 

Upacara adat istiadat itu juga dihadiri oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anggota-anggota lain Keluarga Diraja Johor. 

Johor sebelum ini menganugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia kepada pemimpin-pemimpin Singapura sebagai tanda hubungan rapat dan mesra antara kedua-dua jiran tersebut. 

Ini termasuk mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew, yang dianugerahi SPMJ pada 9 April 1984 sempena Hari Lahir Ke-52 Sultan Iskandar. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan