Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sultan Johor dianugerah Ijazah Kehormat dari NUS semasa lawatan rasmi ke S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Johor dianugerah Ijazah Kehormat dari NUS semasa lawatan rasmi ke S'pura

Gambar: NUS

Diterbitkan : 21 Jul 2022 01:05PM Dikemas Kini : 21 Jul 2022 01:05PM
SINGAPURA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah kehormat oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Rabu (20 Jul).

Dalam satu kenyataan media, universiti itu menyatakan Sultan Ibrahim dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang untuk mengiktiraf "peranan penting beliau dalam memastikan keamanan dan kemakmuran Negeri Johor serta sumbangannya yang tidak ternilai dalam mengkukuhkan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia.

Majlis penganugerahan berlangsung di Istana dengan Presiden Halimah Yacob yang juga Canselor NUS menyampaikan anugerah kepada Sultan Ibrahim.

NUS menyatakan Ijazah Kehormat itu adalah pengiktirafan tertinggi kepada individu yang menyumbangkan perkhidmatan cemerlang dan meninggalkan impak besar di peringkat tempatan dan global.

"NUS berbesar hati untuk menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang kepada Sultan Ibrahim. Di bawah kepimpinan Sultan Ibrahim, jalinan hubungan dua hala antara Singapura dan Johor serta Malaysia semakin mendalam dan kukuh" kata presiden NUS, Tan Eng Chye.
"Sultan Ibrahim merupakan pemimpin unggul dan raja yang dihormati dengan banyak sifat yang luar biasa. Beliau merupakan seorang askar veteran, seorang dermawan yang baik hati dan yang paling penting, seorang pemimpin yang prihatin akan kebajikan rakyatnya."

Sultan Ibrahim berada di Singapura dalam rangka lawatan rasmi atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata Kementerian Ehwal Luar.
Sumber : CNA/FA

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa