Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sultan Hassanal Bolkiah bakal adakan lawatan negara dua hari ke Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Hassanal Bolkiah bakal adakan lawatan negara dua hari ke Singapura

PM Lee dan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada 16 Julai 2022. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 23 Aug 2022 05:36PM Dikemas Kini : 23 Aug 2022 05:41PM
SINGAPURA:Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah akan melakukan lawatan negara dua hari ke Singapura mulai Rabu (24 Ogos) atas undangan Presiden Halimah Yacob.

Sultan Hassanal Bolkiah akan diiringi isteri, kerabat diraja dan pegawai kanan kerajaan, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (23 Ogos).

Ia merupakan lawatan negara kelima Sultan Hassanal Bolkiah ke Singapura.

Upacara beristiadat bagi menyambut kedatangan Sultan Hassanal Bolkiah akan diadakan di Istana.

Presiden Halimah akan menjadi tuan rumah majlis jamuan negara bagi meraikan tetamu diraja itu.

Sultan Hassanal Bolkiah akan turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Semasa berada di Singapura, pemimpin Brunei itu juga akan melawat Pangkalan Udara Sembawang.

Sebagai tanda penghormatan, nama Sultan Brunei dan isteri akan diabadikan pada sejenis orkid kacukan baru, Dendrobium Hassanal Saleha.

Awal bulan ini Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah melakukan lawatan rasmi ke Singapura atas undangan Menteri Kanan Teo Chee Hean. Putera Mahkota itu, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, mengetuai rombongan ke Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei ke-8.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan