Sukarelawan polis, pertahanan awam dan tentera bakal ditampilkan dalam NDP
Rakyat Singapura yang menjadi sukarelawan dengan polis, pertahanan awam dan tentera bakal ditampilkan buat julung-julung kalinya dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.
SINGAPURA: Rakyat Singapura yang menjadi sukarelawan dengan polis, pertahanan awam dan tentera bakal ditampilkan buat julung-julung kalinya dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.
Usaha tersebut selaras dengan tema segmen perbarisan dan upacara iaitu "Rakyat Kami" yang mengiktiraf setiap lapisan masyarakat.
Kontinjen perbarisan itu agak berbeza daripada kumpulan berseragam yang lain. Ini kerana mereka adalah sekumpulan relawan daripada pelbagai pasukan.
Para penonton juga boleh menikmati satu persembahan baru iaitu kumpulan dram campuran.
Mereka terdiri daripada 24 pemain dram dari pasukan pancaragam SAF, Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) dan kanak-kanak berkeperluan khas Sekolah Tanglin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.