Skip to main content

Singapura

Sukarelawan gereja 26 tahun diberkas selepas barang mencurigakan ditemui di Gereja St Joseph

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2025 10:49AM Dikemas Kini : 01 Jan 2026 03:46PM
  • Seorang lelaki berusia 26 tahun diberkas di bawah undang-undang anti-pengganasan pada Ahad (21 Dis) selepas satu barang mencurigakan ditemui di Gereja St Joseph di Bukit Timah.
  • Gereja tersebut dikosongkan pada pagi Ahad sedang pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut. Barang itu kemudian didapati tidak berbahaya.
  • Polis menambah bahawa lelaki itu ditangkap di bawah Peraturan 8(2)(a) Peraturan Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-langkah Anti-pengganasan) kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut sementara siasatan diteruskan.
  • Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dilihat memandu masuk ke kawasan gereja pada 10.47 pagi. Beliau adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Holland-Bukit Timah untuk kawasan di mana Gereja St Joseph terletak.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun diberkas di bawah undang-undang anti-pengganasan pada Ahad (21 Dis) selepas satu barang mencurigakan ditemui di Gereja St Joseph di Bukit Timah.

Gereja tersebut dikosongkan pada pagi Ahad sedang pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut. Barang itu kemudian didapati tidak berbahaya.

Dalam satu catatan di Facebook, polis menyatakan bahawa mereka menerima panggilan untuk bantuan mengenai satu barang yang mencurigakan di gereja tersebut, yang terletak di 620 Upper Bukit Timah Road.

Apabila polis tiba, lelaki berusia 26 tahun itu, yang dikenal pasti sebagai seorang sukarelawan gereja, berkata dia menemui barang yang mencurigakan dalam longkang di dalam kawasan gereja.

"Selepas itu, dia tidak bergerak dan terus memegang barang yang mencurigakan itu," tambah polis.

Demi keselamatan awam, polis memastikan kawasan itu selamat sambil premis dikosongkan. Polis juga mengaktifkan Kumpulan Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

"Selepas pemeriksaan menyeluruh, barang tersebut, yang menyerupai alat letupan buatan sendiri, ditentukan pada kira-kira 10.40 pagi sebagai tiga gulung kadbod dan wayar yang dibalut dengan pita hitam tanpa sebarang bahan letupan dikesan. Ia kemudian dialihkan dari tempat kejadian oleh polis.

"Operasi polis telah selesai dan sekatan di lokasi tersebut telah ditarik balik pada 5.10 petang. Tiada kecederaan dilaporkan."

Polis menambah bahawa lelaki itu ditangkap di bawah Peraturan 8(2)(a) Peraturan Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-langkah Anti-pengganasan) kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut sementara siasatan diteruskan.

"TINDAK BALAS YANG CEPAT, TENANG DAN TEGAS"

Gereja St Joseph menyatakan semua upacara misa yang dirancangkan untuk Ahad telah dibatalkan. Gereja itu kemudian menambah dalam satu kemas kini bahawa misa akan disambung "seperti biasa" dari Isnin.

Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian tidak lama selepas pukul 10.00 pagi, kenderaan polis dan kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berada di pekarangan gereja.

Pegawai polis dan warden gereja ditempatkan di pintu masuk untuk mengarahkan orang awam agar tidak datang dekat.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dilihat memandu masuk ke kawasan gereja pada 10.47 pagi. Beliau adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Holland-Bukit Timah untuk kawasan di mana Gereja St Joseph terletak.

Pada kira-kira 10.50 pagi, tiga pegawai polis dilihat memeriksa kawasan berumput di sekitar kawasan gereja serta longkang besar berdekatan.

Sebuah kenderaan pelupusan bahan letupan, diiringi oleh sebuah kereta lain, kemudian dilihat memandu keluar dari kawasan gereja sekitar pukul 11.00 pagi.

Dr Balakrishnan meninggalkan tempat itu kira-kira 20 minit kemudian, tanpa bercakap dengan pihak media.

Menteri itu kemudian memuat naik catatan di Facebook untuk meluahkan penghargaan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF), Kumpulan Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan SAF dan SCDF atas "tindak balas mereka yang cepat, tenang dan tegas", serta para sukarelawan gereja.

LELAKI DIGARI

Encik Oliver Esquierdo, 54 tahun, dan keluarganya berada di gereja untuk menghadiri upacara misa pada 11.30 pagi seperti biasa. Mereka dihalang kerana orang awam masih tidak dibenarkan masuk.

Keluarga empat orang itu merupakan anggota tetap gereja tersebut sejak 2009.

"Saya tidak takut, saya hanya terkejut," kata Encik Esquierdo kepada Mediacorp, sambil menambah bahawa para anggota gereja itu baik dan mesra.

Pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari, seorang lelaki yang digari dan memakai baju biru dibawa keluar ke tempat letak kereta dan pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah kereta putih.

Sejurus sebelum pukul 3.00 petang, para pegawai dilihat memeriksa beberapa barang, termasuk dua kotak menyimpan peralatan, yang berada dalam but kereta putih di mana suspek dibawa sebelum ini.

Sebuah van siasatan tempat kejadian jenayah polis meninggalkan gereja itu sejurus selepas pukul 5.00 petang. Tidak lama kemudian, pegawai yang bertugas di luar pintu masuk memasuki kawasan gereja dan pintu gerbang di pintu masuk utama ditutup.

Related article image
Para anggota media menunggu di pintu Gereja St Joseph selepas gereja di Upper Bukit Timah Road itu dikosongkan berikutan penemuan barang yang mencurigakan pada 21 Disember 2025. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)

Sumber : CNA/AT/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita