Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan SEA: S'pura rangkul pingat emas dalam acara foil lawan pedang lelaki

Pasukan lawan pedang Singapura memenangi satu lagi pingat emas di Sukan SEA, kali ini menerusi peringkat akhir acara foil lawan pedang lelaki hari ini (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: S'pura rangkul pingat emas dalam acara foil lawan pedang lelaki

(Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 07:16PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 07:53PM

MANILA: Pasukan lawan pedang Singapura memenangi satu lagi pingat emas di Sukan SEA, kali ini menerusi peringkat akhir acara foil lawan pedang lelaki hari ini (7 Dis).

Pasukan yang terdiri daripada Darren Tan, Jet Ng, Joshua Lim dan Kevin Chan mengalahkan Thailand 45-26 dalam perlawanan di Pusat Perdagangan Dunia di Manila, menaikkan jumlah pingat emas yang dimenangi pasukan itu kepada empat.

Ini merupakan pingat emas pertama yang dimenangi oleh pasukan lawan pedang lelaki Singapura menyusuli pingat emas yang diraih oleh Amita Berthier, Kiria Tikanah Abdul Rahman dan pasukan wanita.

Awal dari itu, pasukan epee wanita Singapura meraih perak setelah kalah 38-45 di tangan tuan rumah Filipina.

Anggota pasukan epee wanita Singapura terdiri daripada Cheryl Lim, Rebecca Ong, Victoria Lim dan Kiria Tikanah Abdul Rahman.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. 

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan