Sukan SEA: Atlit terjun negara Fong Kay Yian, Mira Dewan raih tempat kelima dan keenam

Gambar: Andy Chua/SportSG
HANOI: Atlit terjun negara Fong Kay Yian dan Mira Dewan masing-masing meraih tempat kelima dan keenam dalam peringkat akhir acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita di Pusat Sukan Akuatik Hanoi, Vietnam pada Ahad (8 Mei).
Acara itu dimenangi atlit dari Malaysia Nur Dhabitah Sabri, dengan rakan negara Kimberly Bong menang pingat perak.
Pingat gangsa pula dimenangi atlit tuan rumah Ngo Phuong Mai.
Pingat emas yang dimenangi Nur Dhabitah itu juga merupakan emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-31.
Dengan kemenangan tersebut, Nur Dhabitah menambah koleksi emasnya di temasya sukan dwitahunan itu, kepada lima. Dia berjaya menduduki tempat keempat di Olimpik Tokyo tahun lalu bagi acara 3 meter papan anjal individu wanita.
Bagi Fong pula, temasya kali ini adalah penyertaannya yang kelima dalam Sukan SEA. Secara keseluruhannya, dia berjaya merangkul satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa - semuanya dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita. Temasya kali ini merupakan penampilan pertama Mira, 20 tahun.
Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.