SUKAN SEA 2025: Sasaran pingat pasukan silat dikurangkan, lebih ramai atlet muda wakili negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Silat Negara menetapkan sasaran sebanyak empat pingat bagi edisi Sukan SEA ke-33 di Thailand.
Ia jauh lebih rendah berbanding 10 pingat yang dirangkul pada Sukan SEA lalu.
Pengurus pasukan negara, Zuhrah Mohamed Sabri menjelaskan bahawa antara sebab sasaran yang agak sedikit tahun ini adalah kerana kategori-kategori yang dikurangkan untuk temasya sukan kali ini.
"Mereka telah kurangkan bilangan kategori yang dipertandingkan. Kalau selalunya 23 kategori. Tapi sekarang dah turun ke 14 kategori. Jadi kami yakin yang atlet-atlet kami semua berpotensi mendapat pingat yang kita mahukan," jelas Cik Zuhrah.
"Pada masa ini kita ada sasaran pesilat mana yang perlu mendapatkan pingat-pingat itu. Cuma kita yakin yang atlet-atlet kita ini berkemampuan untuk mendapat empat pingat itu," tambah beliau lagi.
Antara kategori yang tidak dipertandingkan termasuk Tanding Kelas I Lelaki, iaitu kategori bagi juara dunia Sheikh Farhan Sheik Alau'ddin, dan Seni Regu Wanita.
Singapura merangkul emas bagi kededua kategori tersebut dalam edisi Sukan SEA yang lalu.
LEBIH 50 PERATUS PESILAT NEGARA BERUMUR 22 TAHUN KE BAWAH
Para pesilat muda negara membentuk peratusan besar dalam skuad negara kali ini.
Lapan daripada 14 pesilat negara berusia 22 tahun ke bawah.
Meskipun kumpulan pesilat kali ini agak muda, namun, ia tidak bermakna bahawa mereka kurang yakin untuk merebut pingat di Sukan SEA Thailand.
Cik Zuhrah berkata: "Mereka ini adalah sebahagian daripada pembangunan baharu yang Persatuan Silat Singapura (PERSISI) ada pada waktu ini. Mereka merupakan golongan pelapis. Dan kebanyakan atlet kita semua sudah berumur. Jadi, merekalah yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan negara kali ini."
Pesilat negara termuda kali ini ialah Nur Aniqah Qistina Roslan, 17 tahun.
Bertanding dalam Kelas B, Qistina akur akan tekanan yang ada sebagai pesilat muda mewakili negara.

Qistina berkata: "Saya selalunya akan mendekati rakan sepasukan lain. Mereka sabar untuk membantu saya dengan perlahan, mengajar saya beberapa langkah dan teknik-teknik."
"Saya rasa saya hanya perlu percaya dengan diri saya. Saya ingin membuktikan bahawa tidak bermakna saya adalah yang paling muda bererti saya yang mempunyai prestasi terburuk," kata pelajar Kolej ITE Timur itu lagi.
Meskipun merupakan atlet paling muda dalam skuad negara, namun kebolehan Qistina tidak patut diambil ringan.
Di Kejuaraan Pencak Silat Junior Dunia tahun lalu, Qistina berjaya merangkul pingat perak untuk kategori Seni Ganda dan Tanding.
Hanya satu langkah daripada pingat emas, Qistina akur ingin sekali menjadi juara suatu hari nanti.
"Saya selalu akan melihat pesilat senior saya bertanding dan dalam hati saya, saya rasa terpegun. Saya ingin menjadi seperti mereka juga suatu hari nanti. Saya ingin mengibarkan bendera Singapura dan membuat orang-orang di sekeliling saya bangga dengan saya," ujar Qistina.
Buat Sukan SEA di Thailand nanti, Qistina menetapkan sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa.
ENAM PESILAT NEGARA BUAT PENAMPILAN SULUNG DI SUKAN SEA THAILAND
Tidak pernah terlintas dalam fikiran Zulhilmi Zul'Irfan, 18 tahun, dapat mewakili negara di temasya Sukan SEA pada usia yang sangat muda.
Zulhilmi merupakan antara enam pesilat yang akan membuat penampilan sulung di Sukan SEA kali ini.

Pesilat itu membawa bersamanya pengalaman lapan tahun dalam dunia silat ke temasya sukan nanti.
"Alhamdulillah dengan kerja keras dan usaha saya serta semua orang sekeliling saya, saya kini berada di pentas ini. Jangkaan saya untuk diri saya sendiri, saya ingin sangat menjadi pesilat terbaiklah untuk kelas saya dan saya ingin menjadi juara dunia serta juara Sukan SEA di masa yang akan datang," jelas Zulhilmi.
Cabaran paling besar beliau untuk mewakili negara di dalam gelanggang termasuk perlu mengimbangi kerja-kerja sekolah dan latihan silat setiap hari.
Zulhilmi berkata: "Memang betul-betul payah nak uruskan dua perkara ini. Sebab pagi saya pergi sekolah. Petang atau malam saya perlu ke latihan. Saya harus ulang proses ini setiap hari. Kadang-kadang hujung minggu pun waktu saya terbatas sebab perlu habiskan kerja rumah."
"Memang susah. Saya kerja keras, tapi kadang-kadang proses macam hasilnya tak tunjuk. Tetapi setiap kali saya ada fikiran macam ni saya akan ingat diri saya balik cita-cita saya untuk jadi Juara Sukan SEA dan ini akan buat saya lebih motivasi untuk teruskan latihan dan mengimbangi kedua-duanya," ujar beliau lagi.
Seperti Qistina, Zulhilmi juga yakin boleh meraih pingat untuk negara di Sukan SEA Thailand.
Zulhilmi berlandaskan sasarannya itu selepas berjaya meraih pingat gangsa bagi Kejohanan Asia dan pertandingan pra-Sukan SEA beberapa bulan lalu.
Pasukan Silat negara dijadualkan berangkat ke Thailand pada 11 Disember nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.