SUKAN SEA 2025: Ratu pecut SG Shanti Pereira menang pingat emas 200m; pertahan mahkota dalam dua acara pecut
Anggaran Waktu Membaca:
- BANGKOK: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira muncul sebagai atlet wanita terpantas di rantau ini buat kali kedua berturut-turut dalam Sukan SEA selepas beliau menang acara 200 meter di Sukan SEA ke-33 pada Sabtu (13 Dis).
- Di stadium Suphachalasai di Bangkok, Pereira menang dengan catatan masa 23.05 saat.
- Pereira memenangi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter dalam edisi Sukan SEA pada 2023, menjadi wanita Singapura pertama yang menjuarai dua acara pecut di temasya sukan dwitahunan itu.
- Kecederaan yang dialami pada 2024 menjejas persediaannya bagi Sukan Olimpik Paris dan masa yang dicatatnya kurang baik berbanding prestasinya yang terbaik.
BANGKOK: Ratu pecut Singapura Shanti Pereira muncul sebagai atlet wanita terpantas di rantau ini buat kali kedua berturut-turut dalam Sukan SEA selepas beliau menang acara 200 meter di Sukan SEA ke-33 pada Sabtu (13 Dis).
Di stadium Suphachalasai di Bangkok, Pereira menang dengan catatan masa 23.05 saat.
Sebelum itu, Pereira mencatatkan masa 23.35 saat untuk berada di tangga utama dalam pusingan saringan.
Kemenangan itu diraih dua hari selepas beliau memenangi acara 100 meter dan mencatatkan masa terbaik musim ini dengan catatan masa 11.36 saat.
Pereira memenangi kedua-dua acara 100 meter dan 200 meter dalam edisi Sukan SEA pada 2023, menjadi wanita Singapura pertama yang menjuarai dua acara pecut di temasya sukan dwitahunan itu.
Tempat itu juga menyimpan kenangan indah bagi pelari pecut itu.
Di situlah beliau mencatatkan kejayaan bersejarah dalam acara pecut berganda di Kejohanan Asia 2023.
Beliau menang satu pingat emas dalam acara 200 meter dan satu pingat perak dalam acara 100 meter di Sukan Asia pada tahun yang sama.
Sejak itu, Pereira melalui pelbagai onak duri kehidupan sepanjang dua tahun lalu.
Kecederaan yang dialami pada 2024 menjejas persediaannya bagi Sukan Olimpik Paris dan masa yang dicatatnya kurang baik berbanding prestasinya yang terbaik.
Pada awal tahun ini, Pereira menang dua pingat perak di Kejohanan Asia pada Mei.
Namun, beliau terlepas peluang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir acara 200 meter di Kejohanan Dunia pada September.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.