SUKAN SEA 2025: Perenang SG raih 4 pingat emas, 2 perak, 1 gangsa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para perenang Singapura meraih empat pingat emas, dua pingat perak dan satu perak gangsa di Sukan SEA ke-33 pada Ahad (14 Dis).
Letitia Sim menang satu lagi pingat emas apabila beliau berjaya mempertahankan mahkota dalam acara 200 meter kuak dada wanita, serta mengatasi rekod Sukan SEAnya sendiri dengan catatan msa 2:27.37.
Beliau adalah perenang pertama yang merangkul pingat emas dalam tiga acara kuak dada iaitu 50 meter, 100 meter dan 200 meter di satu temasya Sukan SEA.
Nicole Tay, 19 tahun, menduduki tempat kelima dengan catatan masa 2:34.53.

Dalam acara 50 meter gaya bebas wanita, Amanda Lim merangkul pingat emas dan mencipta rekod baharu di Sukan SEA dengan catatan masa 25.03s.
Ia adalah pingat emasnya yang pertama dalam acara tersebut sejak 2019, setelah beliau menduduki tempat kedua dalam dua edisi terakhir Sukan SEA.
Quah Ting Wen, pemegang rekod Sukan SEA sebelum ini, berada di tempat keempat dengan catatan masa 25.42s.

Teong Tzen Wei (23.24s) dan Quah Zheng Wen (23.57s) masing-masing menang pingat emas dan perak dalam acara 50m gaya kupu-kupu lelaki.
Kali terakhir Teong menang pingat emas dalam acara itu adalah pada 2022 sebelum beliau menang pingat perak dalam Sukan SEA 2023.
Acara 200 meter kuak dada lelaki menyaksikan Chan Chun Ho menang pingat perak iaitu perak ketiganya dalam Sukan SEA, dengan catatan masa 2:14.82 manakala Maximillian Ang (2:15.56) membawa pulang pingat gangsa.
Pasukan renang lelaki terdiri daripada Ardi Azman, Jonathan Tan, Mikkel Lee dan Quah Zheng Wen mempertahankan mahkota Singapura dalam acara gaya bebas berganti-ganti 4x100 meter dengan catatan masa 3:16.65 - sekali gus menetapkan rekod baharu di Sukan SEA.
Dalam acara gaya bebas berganti-ganti 4x200 meter wanita, pasukan terdiri daripada Gan Ching Hwee, Ashley Lim, Victoria Lim dan Quah Jing Wen menduduki tempat keempat, tetapi catatan masa Gan 1:59.10 adalah rekod negara yang baharu.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.