SUKAN SEA 2025: Diyanah Aqidah bangga akhiri kemarau 10 tahun pingat emas untuk taekwondo SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Atlet Taekwondo Poomsae Singapura, Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi mencipta detik manis di Sukan SEA 2025 apabila beliau menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen negara pada temasya tahun ini.
Lebih bermakna lagi, kemenangan pada Rabu (10 Dis) itu menamatkan kemarau 10 tahun tanpa pingat emas bagi sukan taekwondo Singapura di pentas Sukan SEA.

Berkongsi detik bersejarah itu, Diyanah meluahkan rasa bangga dapat membawa pulang kemenangan yang cukup bermakna.
Diyanah berkata: "Rasanya sungguh luar biasa dan saya sangat bangga dapat membawa pulang pingat emas pertama untuk Singapura."
"Sudah 10 tahun sejak Taekwondo Singapura kali terakhir memenangi emas di Sukan SEA, jadi dapat menyumbang kepada sejarah itu sangat bermakna bagi saya. Pingat ini melambangkan kerja keras para jurulatih, rakan sepasukan serta semua yang telah menyokong saya," tambah atlet berusia 26 tahun itu.
Diyanah membawa pulang pingat gangsa bagi kategori yang sama pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Beliau turut merangkul pingat perak bagi kategori Poomsae Keseorangan Wanita semasa temasya sukan itu.
Diyanah berkata: "Keputusan itu mendorong saya untuk bekerja lebih keras. Untuk kembali tahun ini dan memperbaiki kedua-duanya dengan meraih emas memang terasa sangat berbaloi. Ia menunjukkan betapa banyak perkembangan, disiplin dan usaha konsisten yang telah saya bina dalam dua tahun ini.”
DAPAT MARKAH TERTINGGI DI PERINGKAT AKHIR
Diyanah dan pasangan Taekwondo Poomsae beliau, Nicholas Khaw mengekalkan rentak konsisten sejak pusingan awal, dan persembahan terbaik mereka datang pada masa paling tepat.
Pingat emas menjadi milik pasangan itu selepas menumpaskan Vietnam dengan mata 8.67 – 8.44 dalam perlawanan akhir di gelanggang Fashion Island Mall di Bangkok.
Mereka sebelum itu mengalahkan pasangan Laos di peringkat suku akhir dengan mata 8.41 - 8.04.
Mereka kemudian menewaskan pasangan dari Filipina di peringkat separuh akhir dengan mata 8.62 – 8.52.
Dengan catatan 8.67, markah tertinggi beliau sepanjang pusingan, Diyanah mengakui bahawa fokus dan ketenangan memainkan peranan penting di saat getir peringkat akhir.
"Saya berasa tenang dan fokus ketika memasuki pusingan akhir. Saya tahu saya telah membuat persiapan rapi, jadi keyakinan itu memang ada."
"Tidak semuanya akan sempurna dalam pertandingan, tetapi perkara yang perlu saya lakukan berjaya dilaksanakan seperti dirancang. Apabila saya menghabiskan rutin, saya rasa itulah persembahan terbaik saya pada hari itu."
Sebelum ini, Diyanah menyifatkan para atlet Taekwondo Poomsae dari Malaysia, Vietnam dan Thailand sebagai pilihan utama kerana mereka merupakan juara dunia.
Kini setelah menggenggam pingat emas, beliau melihat pencapaiannya sebagai bukti kemajuan diri.
Diyanah berkata: "Negara-negara itu tetap hebat dan saya sangat menghormati mereka - mereka menetapkan standard yang sangat tinggi di rantau ini."
"Berdiri di tempat teratas tahun ini menunjukkan bahawa usaha yang saya curahkan selama ini sudah membuahkan hasil. Ia meyakinkan saya bahawa saya berada di landasan yang betul, dan dengan disiplin serta minda yang betul, saya mampu bersaing dengan yang terbaik.”

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.