Skip to main content

Singapura

SUKAN SEA 2025: Atlet lawan pedang SG catat prestasi terbaik, catat rekod 8 pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN SEA 2025: Atlet lawan pedang SG catat prestasi terbaik, catat rekod 8 pingat emas
Pasukan foil wanita Singapura mengalahkan Filipina pada Jumaat (19 Disember). (Gambar: SNOC/Kelly Wong)
 
BANGKOK: Atlet lawan pedang Singapura mencatat prestasi terbaik mereka di Sukan SEA selepas memenangi dua pingat emas pada hari terakhir pertandingan mereka pada Jumaat (19 Dis).

Di Island Hall, pusat beli-belah Fashion Island, kemenangan pasukan epee lelaki dan foil wanita membawa jumlah pingat emas Singapura di Sukan SEA kepada lapan.

Pasukan lelaki (epee) - Azfar Luqman Ong, Bron Sheum, Si To Jian Tong dan Simon Lee - menewaskan Vietnam 44-34, manakala pasukan wanita (foil) -Amita Berthier, Cheung Kemei, Maxine Wong dan Stephanie Lee - mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan Filipina 45-31.

Ini mengatasi tujuh pingat emas terbaik mereka sebelum ini, yang diraih pada edisi terakhir Sukan SEA di Kemboja. Singapura menamatkan temasya sukan itu sebagai negara lawan pedang terunggul pada kejohanan tersebut seperti yang dicapai pada tahun 2023.

Sebelum Jumaat, Singapura memenangi pingat emas dalam acara foil individu dan berpasukan lelaki, epee individu dan berpasukan wanita, sabre individu wanita dan foil individu wanita.

Tonton Sukan SEA Thailand ke-33 2025 secara langsung di mewatch. Daftar masuk secara percuma di www.mewatch.sg/thailand2025 untuk menonton semua aksi, dan ikuti TikTok, Instagram dan Facebook Mediacorp Sports untuk lebih banyak perkembangan sukan!
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita