Sujimy Mohamad, Haniman Boniran diundang kongsi ilmu tentang penterjemahan & bahasa di Persidangan ulang tahun ke-10 NTC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bahasa boleh menjadi wadah penting untuk sampaikan mesej yang lebih menyeluruh dan mempengaruhi minda masyarakat.
Ini menurut pengamatan personaliti media dan pemasaran, Sujimy Mohamad sendiri sepanjang lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri tersebut.
"Sebelum ada media sosial pada tahun 1999, kita sudah bermula membuat iklan dalam bahasa Melayu dan membuat rancangan dalam bahasa Melayu tetapi kita tidak menggunakan pempengaruh.
"Kita hanya bergantung kepada bahasa Melayu itu sendiri untuk mempengaruh penonton atau mempengaruh pembaca. Jadi sebagai seorang yang mengalihkan bahasa daripada Inggeris kepada bahasa Melayu, kita mesti ada bahasa Melayu yang sangat kuat dan tepat untuk menyampaikan mesej," kongsi Encik Sujimy.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat Screenbox Pte Ltd, menekankan peranan penting para penterjemah untuk mengolah penterjemahan mereka sejajar dan bersesuaian dengan nilai-nilai dan naluri masyarakat Melayu.
"Cabaran saya adalah untuk memberi mereka keyakinan bahawa bahasa Melayu yang saya gunakan itu adalah satu yang tepat untuk penonton yang mereka ingin sasarkan. Jadi apabila kita buat kandungan dalam bahasa Melayu, kita mesti faham nilai dan naluri orang-orang Melayu," kata Encik Sujimy.
Berbekalkan pengalamannya dalam industri media selama lebih 35 tahun, Encik Sujimy cuba untuk menyesuaikan kandungan yang dihasilkan kini mengikut era, trend dalam media sosial serta tumpuan penonton kepada kandungan yang dihasilkan.
Beliau juga percaya kandungan dalam bahasa Melayu ada potensi untuk tembusi pasaran lebih besar.
Ini di samping kebolehannya untuk dikembangkan menjadi bahasa komersil.
"Bahasa Melayu ini bukan sahaja bahasa perantaraan di rantau ini. Dengan adanya media sosial, kita lihat orang-orang Melayu, mereka bermastautin di mana saja di dunia ini. Jadi ini bermakna kandungan dalam bahasa Melayu boleh merentas apa tu mana-mana sahaja negeri.
"Jadi saya rasa penting untuk kita memperkuatkan bahasa kita dalam kandungan kita agar masih ada yang mengekalkan penggunaan bahasa Melayu.
ULANG TAHUN KE-10 JAWATANKUASA PENTERJEMAHAN NASIONAL
Encik Sujimy merupakan antara personaliti dan penggiat industri yang dijemput untuk berkongsi lebih lanjut tentang hal itu dalam Persidangan Ulang Tahun ke-10 Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) pada 15 November ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec.
Persidangan itu akan menghimpunkan rakan-rakan kongsi industri dari sektor pendidikan, media, penterjemahan dan teknologi.
Anggota panel pula akan berkongsi pandangan dan visi mereka tentang terjemahan, bahasa dan penyesuaian bahasa untuk masyarakat berbilang bangsa di Singapura di persidangan itu.
Dengan tema, "Menyatukan Masyarakat melalui Penterjemahan-Dahulu, Kini dan Masa Depan", persidangan itu berharap untuk memperkasakan pertumbuhan industri penterjemahan dengan meneroka trend serta kaedah untuk memanfaatkan kuasa teknologi dengan lebih baik.
PILIH KERJAYA DALAM PENTERJEMAHAN
Seorang lagi yang bakal berkongsi kepakaran dan pengalaman di persidangan ulang tahun ke-10 NTC itu ialah Pengurus Kanan Pendidikan di Mandai Wildlife Group, Haniman Boniran.
Beliau akan berkongsi lebih mendalam tentang peranan penterjemah serta cabaran melakukan penterjemahan isyarat atau istilah dalam bahasa yang sama.
Selama lebih sedekad, Encik Haniman sudah mengendalikan program pengalaman pembelajaran yang pelbagai di Mandai Wildlife Reserve buat para pengunjung.
Tugasnya termasuk untuk menterjemahkan semua papan tanda, e-poster dan e-buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
"Khususnya di Taman Haiwan Mandai Wildlife Reserve ini kami berikan kepentingan kepada guru- guru bahasa Melayu yang sering menggunakan taman-taman kami sebagai tempat untuk lawatan pembelajaran bagi murid-murid mereka.
"Oleh itu, kami ingin membuatkan kawasan ini lebih ramah kepada guru-guru itu supaya mereka dapat menggunakan taman kami sebagai bahan pendidikan bahasa Melayu," kata Encik Haniman.
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI TAMAN HAIWAN
Menurutnya ia adalah peluang pembelajaran yang baik bagi pelajar kerana minat mereka terhadap haiwan-haiwan.
"Kalau kita dapat menggunakan peluang itu untuk menyelitkan pembelajaran bahasa Melayu secara autentik dan seronok, murid-murid akan lebih teruja untuk mempelajari bahasa Melayu berbanding mempelajari bahasa itu di dalam bilik darjah," kongsi Encik Haniman.
Bahan-bahan seperti e-buku juga dapat diakses dengan mudah oleh ibu bapa dan juga guru-guru melalui laman web Mandai Wildlife Reserve.
Encik Haniman juga menekankan bahawa penting untuk para penterjemah kenal pasti dahulu siapa pembaca mereka serta konteks penterjemahan itu.
"Para penterjemah harus kenal pasti siapa pembaca mereka, dari mana sumber maklumat mereka dan untuk siapa akan mereka sampaikan. Penting juga mereka harus tahu genre yang ingin diterjemahkan, kalau dasar-dasar pemerintah, bunyi, laras dan juga cara tulisannya berlainan jika kita bandingkan mungkin risalah-risalah promosi untuk pelancongan," kata Encik Haniman.
Selain Encik Sujimy dan Encik Haniman, penulis dan konsultan penterjemahan, Cik Nur-El-Hudaa Jaffar dan Cik Khadijah Seron juga akan berkongsi ilmu dan pengalaman di acara tersebut.
Lebih banyak maklumat dan jadual acara boleh didapatkan di laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.