Suhu SG cecah 37°C; menyamai rekod suhu maksimum harian tertinggi dicatat pada Apr 1983
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Hanidah Amin
SINGAPURA: Suhu Singapura mencecah 37 darjah Celsius pada Sabtu (13 Mei), menyamai rekod 40 tahun bagi suhu maksimum harian tertinggi.
Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Suhu 37 darjah Celsius dicatatkan di Ang Mo Kio, menyamai suhu yang dicatatkan di Tengah pada 17 April 1983.
Ia juga merupakan suhu harian tertinggi untuk bulan Mei, sekali gus mengatasi paras tertinggi bagi bulan Mei iaitu 36.7 darjah Celsius yang dicatatkan di Admiralty pada tahun lalu.
Singapura mula mencatat dan menyimpan rekod suhunya pada tahun 1929.
Dalam satu hantaran di Facebook, NEA turut mendedahkan bahawa beberapa lokasi merata Singapura juga mencatatkan suhu menjangkaui 36 darjah Celsius pada Sabtu.
Cuaca panas ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga hujung minggu ini, dengan keadaan cuaca panas dan kering diramal berlanjutan hingga Ahad (14 Mei). Hujan sekali sekala, yang mungkin membantu menyederhanakan suhu panas, juga dijangkakan pada minggu depan.
Dua minggu lalu, agensi tersebut menyatakan bahawa "tidak mungkin" suhu akan mencapai 40 darjah Celsius.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai respons kepada mesej teks yang kononnya memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang kemungkinan berlaku gelombang haba antara 40 dengan 50 darjah Celsius.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.