Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suhu S'pura cecah serendah 21.2°C hari ini

Monsun yang menjejas Laut China Selatan terus menyebabkan cuaca dingin di Singapura, di mana sebahagian kawasan mencecah 21.2 darjah Selsius pagi tadi (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2018 07:25PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:46PM

SINGAPURA: Monsun yang menjejas Laut China Selatan terus menyebabkan cuaca dingin di Singapura, di mana sebahagian kawasan mencecah 21.2 darjah Selsius pagi tadi (14 Jan).

Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Suhu itu, yang dicatat di Admiralty dan Jurong West antara pukul 5.00 pagi dengan 6.00 pagi tadi, lebih rendah berbanding 21.4 darjah Selsius yang dicatat di Jurong West pada Jumaat (12 Jan).

Kawasan lain di Singapura pula mengalami suhu antara 21.3 dengan 22.4 darjah Selsius hari ini antara pukul 5.00 pagi dengan 6.00 pagi.

Suhu paling tinggi dicatat pada pukul 1.00 tengah hari tadi adalah 24.9 darjah Selsius di Jurong Island.

Pada Rabu lalu (10 Jan), NEA meramalkan monsun akan berlarutan sehingga beberapa hari mendatang. Ini bermakna keadaan akan berangin dengan hujan sederhana dengan lebat. Guruh diramal kedengaran sekali-sekala.

Suhu dijangka berada dalam lingkungan antara 22 darjah Selsius dengan 28 darjah Selsius dalam tempoh tersebut.

Sekalipun begitu, cuaca hujan dijangka reda secara perlahan-lahan pada hujung minggu ini, menurut NEA.

Pada Khamis lalu (11 Jan), suhu mencecah serendah 21.6 darjah Selsius di Jurong West dan 21.9 darjah Selsius di Ang Mo Kio dan Admiralty pada pukul 10.30 malam.

Dalam tempoh lima tahun lalu, Singapura pernah mengalami cuaca sejuk dengan suhu serendah 21.2 darjah Selsius pada 2016 dan 20 darjah Selsius pada 2013.

Hujan lebat di Singapura menyebabkan banjir kilat di bahagian timur negara ini pada Isnin lalu (8 Jan).

Sekitar separuh daripada purata hujan bulanan di Singapura pada bulan Januari turun hanya dalam tempoh empat jam di Kim Chuan Road.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan