Suhaimi Yusof, pemilik Sizzlers by Bismi Biryani berdamai susuli perselisihan faham di bazar Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Amrin Amin/Facebook
SINGAPURA: Pelakon dan pengacara Suhaimi Yusof serta pemilik gerai minuman Sizzlers by Bismi Biryani, Encik Sheik Mohammad akhirnya berdamai, sekali gus mengakhiri kemelut mereka.
Ini menyusuli perbalahan yang dipercayai berlaku di Bazar Raya Utara di Admiralty, yang mula tular sejak Rabu (20 Mac).
Perkembangan baik tersebut dikongsi mantan Anggota Parlimen (AP) Encik Amrin Amin pada Ahad (24 Mac) menerusi catatan Facebooknya, setelah pertemuannya dengan kedua-dua mereka.
Encik Amrin adalah mantan setiausaha parlimen kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan.
Beliau juga mantan AP bagi GRC Sembawang untuk kawasan Woodlands.

Perdamaian antara Suhaimi dan Encik Sheik itu, malah, disifatkan Encik Amrin, sebagai paparan "semangat sebenar Ramadan", iaitu dalam "mencari kebaikan dalam orang lain, kekal rendah hati dan memupuk perpaduan serta bersatu hati".
Encik Amrin turut menghargai usaha kedua-dua pihak itu untuk mengetepikan apa yang telah berlaku sambil membuka lembaran baharu sebagai sahabat.

Pada Rabu (20 Mac), Encik Sheik, memuat naik satu video TikTok, yang mendakwa Suhaimi "membuat kecoh" dan berkelakuan kurang sopan terhadap seorang pekerjanya di bazar Ramadan itu. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai bila insiden itu berlaku.
Di tengah-tengah kontroversi berkait dakwaan tersebut, Suhaimi pun tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan mengenai insiden berkenaan menerusi satu video selama lebih lima minit yang dimuat naik ke akaun media sosial beliau.
Merenung kembali insiden tersebut, Encik Amrin berkata: "Sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa saja daripada kita, bahkan yang terbaik dalam kalangan kita.
"Kita boleh katakan dan melakukan perkara yang kita tidak maksudkan dalam keadaan yang 'panas' ketika itu. Tetapi perlu ada kepekaan yang baik - itulah yang semestinya berlaku," ujarnya.
Dalam menghuraikan isu sedemikian, menurut Encik Amrin, kedua-dua pihak harus "saling mencari kekuatan antara satu sama lain, mendorong dan menyokong, dan meminta maaf serta menerima permohonan maaf itu dengan penuh baik budi".
"Terima kasih kerana menunjuk jalannya, Sheik dan Suhaimi," ujar Encik Amrin.
Pihak BERITA Mediacorp sudahpun menghubungi kedua-dua Suhaimi dan Encik Sheik untuk mengulas mengenai perkembangan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.