Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Subvarian Omicron baru BA.4 dan BA.5 dikesan di S'pura: Haruskah kita bimbang?

Anggaran Waktu Membaca:
Subvarian Omicron baru BA.4 dan BA.5 dikesan di S'pura: Haruskah kita bimbang?

Gambar mikroskop elektron penularan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. (Gambar fail: AFP, edaran Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Nasional)

SINGAPURA: Subvarian baru Omicron yang dikesan di Singapura sudah dijangkakan, kata pakar kesihatan, setelah negara ini melaporkan kes tiga kes baru tempatan varian BA.4 dan BA.5 pada Ahad (15 Mei). 

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia akan meningkatkan usaha pengawasan dan terus memantau penularan jangkitan BA.4 dan BA.5 di Singapura. 

"Walaupun masyarakat kita kini lebih berdaya tahan terhadap koronavirus, semua orang harus terus memainkan peranan dan kekal berjaga-jaga untuk membendung penularan COVID-19," tambahnya. 

Namun, apakah subvarian baru itu dan adakah ia satu keprihatinan? Inil yang diketahui setakat ini. 

S: Apakah subvarian BA.4 dan BA.5? 

Varian BA.4 dan BA.5 pertama kali dikesan di Afrika Selatan awal tahun ini dan sudah menjadi varian dominan di negara tersebut. Varian itu seringkali disebutkan bersama kerana penjujukan gen protein mereka serupa, menurut laporan VaccinesWork, iaitu platform yang dikendalikan oleh Gavi. 

Menurut saintis Afrika Selatan, varian tersebut boleh mengelak antibodi daripada jangkitan terdahulu, tetapi tidak berupaya  bertahan dalam darah mereka yang sudah divaksin terhadap COVID-19. 

MOH menyatakan kedua-dua varian mengandungi mutasi dalam protein yang mengandungi "ciri-ciri lebih mudah berjangkit" berbanding varian BA.1 dan BA.2 yang menyebabkan lonjakan kes Omicron awal tahun ini. 

S: Adakah BA.4 dan BA.5 ini mudah berjangkit? 

Afrika Selatan kini sedang menyaksikan lonjakan kes baru COVID-19 disebabkan oleh dua subvarian ini, dengan purata jumlah kes melonjak daripada 300 setiap hari pada awal April kepada sekitar 8,000 setiap hari minggu ini. 

Di peringkat global, sekurang-kurangnya 1,000 kes BA.4 dan BA.4 sudah dilaporkan di 16 negara setakat 11 Mei, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Namun, maklumat mengenai varian-varian ini masih terhad, dengan WHO menyenaraikannya sebagai varian yang perlu dipantau bulan lalu. 

BA.4 dan BA.5 juga berpotensi mencetus gelombang jangkitan baru, menurut satu kajian di Afrika Selatan. 

Namun, setakat ini, tiada tanda bahawa BA.4 atau BA.5 dikaitkan dengan gejala-gejala baru atau penyakit yang lebih serius. 

S: Mungkinkah kes COVID-19 kembali meningkat? 

Singapura harus menjangkakan gelombang baru jangkitan COVID-19 di Singapura, kata Profesor Madya Alex Cook, naib dekan kajian di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura. 

"Kita harus menjangkakan gelombang jangkitan COVID-19 di Singapura pada masa akan datang, dan ini mungkin disebabkan daya imun yang merosot, memandangkan perlindungan terhadap virus itu akan berkurangan, atau mutasi lanjut virus itu yang jauh lebih berbeza," ujarnya. 

Subvarian baru ini juga berpotensi menyebabkan jumlah kes meningkat, kata Profesor Fisher. 

"Tetapi kami tidak menjangkakan lebih banyak  penyakit serius akan berlaku. Ini yang dilaporkan di luar negara." 

Bagi Afrika Selatan, negara itu tidak melaporkan kes serius dan kematian yang meningkat, menurut Profesor Marta Nunes, seorang penyelidik di Hospital Chris Hani Baragwanath Hospital di Soweto. 

S: Perlukah sekatan COVID-19 dikenakan semula?

Subvarian baru yang dikesan di Singapura sudah dijangkakan, kata Profesor Madya Cook, sambil menambah bahawa orang ramai tidak harus berasa cemas. 

"Subvarian baru akan terus dikesan dan akan menyebabkan gelombang jangkitan baru. Namun, ini bukanlah satu keprihatinan," katanya, sambil menambah bahawa "langkah-langkah yang menjejas kehidupan sosial" hanya diperlukan jika sistem jagaan kesihatan di sini terancam. 

"Langkah-langkah pandemik hanya diperlukan sekiranya kes serius mengatasi keupayaan  sistem jagaan kesihatan untuk menanganinya," katanya. 

Profesor Fisher menambah bahawa varian akan timbul secara semula jadi. 

"Justeru, kita harus memantau virus ini sedang gennya berubah dan juga meneliti kesan klinikalnya. Hanya dengan cara itu boleh kita bertindak dengan respons yang wajar," katanya. 

Ditanya sama ada tambahan suntikan vaksin COVID-19 diperlukan untuk menangani varian baru, Profesor Fisher berkata beliau percayai suntikan tambahan dos penggalak tidak diperlukan untuk mengatasi  kenaikan jumlah kes ringan. 

Namun, beliau menarik perhatian bahawa suntikan dos penggalak mungkin disyorkan sekiranya terdapat lebih ramai pesakit COVID-19 yang perlu dirawat di hospital dan kes teruk yang berlaku dalam  golongan tertentu seperti warga emas. 

Tiga kes subvarian yang dilaporkan di Singapura tidak memerlukan rawatan di hospital dan mereka tidak bergejala atau mengalami simptom ringan seperti demam, batuk, hingus dan sakit tekak. 

Kesemuanya sudah lengkap divaksin dan menerima suntikan dos penggalak mereka, menurut MOH pada Ahad (15 Mei). 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan