Subsidi ubat ditambah bagi keluarga bergaji rendah di hospital akut, masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
Hospital Masyarakat Outram (Gambar: Facebook/SingHealth Community Hospitals)
SINGAPURA: Subsidi bagi ubat di hospital akut dan masyarakat akan ditambah bagi keluarga berpendapatan rendah, mulai November depan.
Subsidi baru itu adalah antara 50 hingga 75 peratus, berbanding kadar 50 peratus buat masa ini.
Di bawah rangka kerja yang disemak semula dan diumumkan pada Mac tahun lalu, ujian kemampuan akan dilakukan berdasarkan pendapatan per kapita dalam isi rumah, dan bukan hasil pendapatan individu.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), ini bermakna pesakit yang lebih memerlukan, akan menerima lebih banyak subsidi.
Rangka kerja itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap mulai September, bermula dengan subsidi ubat yang diberikan menerusi Dana Bantuan Rawatan Perubatan.
MOH juga sedang meneliti cara-cara untuk memudahkan permohonan subsidi bagi pesakit dan penyedia jagaan kesihatan.

Sumber : CNA/SU/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.