Subsidi, had tuntutan MediShield Hayat lebih tinggi bagi pesakit jagaan paliatif bermula 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesakit jagaan paliatif atau jagaan akhir hayat akan mendapat lebih banyak bantuan kewangan bermula tahun depan dengan Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan rancangan untuk menaikkan subsidi dan had tuntutan MediShield Hayat.
Perubahan itu diumumkan pada Sabtu (1 Jul) di pelancaran Strategi Nasional bagi Jagaan Paliatif 2023, yang menggariskan beberapa saranan untuk meluaskan dan mempertingkat khidmat jagaan paliatif di Singapura.
Sokongan kewangan lebih baik diharap dapat menjadikan jagaan paliatif lebih dimampui. Ini di samping mempertingkat kapasiti yang kemudian membolehkan penyedia khidmat membantu lebih ramai pesakit dalam memenuhi keinginan mereka menjalani sisa hidup di rumah, tambah MOH menerusi satu kenyataan.
Subsidi bagi khidmat jagaan paliatif bagi pesakit yang menerima rawatan paliatif baik di rumah, hospital serta jagaan siang di hospis akan dinaikkan pada suku keempat 2024.
Di bawah rangka kerja yang disemak semula itu, semua rakyat Singapura akan menerima subsidi sekurang-kurangnya 50 peratus, tidak kira pendapatan per kapita isi rumah mereka. Hampir semua pesakit akan meraih manfaat daripada subsidi lebih tinggi ini, yang naik sehingga 55 peratusan mata.

Had tuntutan MediShield Hayat bagi jagaan paliatif untuk pesakit dalam hospital juga akan dinaikkan. Had tuntutan harian akan dinaikkan daripada S$250 kepada S$460 bagi jagaan paliatif umum dalam hospital, dan dari S$350 kepada S$500 bagi jagaan paliatif khusus di hospital.
Di samping itu, jumlah yang boleh dikeluarkan dari Medisave pesakit untuk khidmat jagaan paliatif di rumah dan jagaan hospis, tidak lagi akan dihadkan kepada S$2,500 seumur hidup. Meskipun demikian, had tersebut kekal bagi pesakit yang menggunakan Medisave anggota keluarga mereka.
Perubahan pada MediShield Hayat dan MediSave akan dilaksanakan pada suku pertama 2024.
Satu lagi peningkatan melibatkan subsidi ubat-ubatan dan vaksin bagi khidmat jagaan perubatan jangka panjang, seperti di rumah penjagaan, khidmat perubatan di rumah dan khidmat-khidmat jagaan paliatif.
Buat masa ini, subsidi seperti itu hanya ditawarkan kepada pesakit dari keluarga berpendapatan rendah atau pertengahan yang memerlukan jagaan perubatan jangka panjang.
"Selepas ini, kami akan menawarkan subsidi ubat-ubatan dan vaksin sebanyak tidak kurang 50 peratus, sama seperti apa yang ditawarkan di institusi-institusi jagaan kesihatan awam, kepada semua pesakit penyedia yang menerima dana MOH bagi khidmat jagaan perubatan jangka panjang yang diluluskan," menurut MOH.
"Ini akan mempertingkat akses kepada ubat dan vaksin bersubsidi, terutama sekali bagi pesakit yang tidak dapat keluar rumah."
Selain itu, MOH akan menyelaraskan subsidi ubat-ubatan dan vaksin bagi pesakit yang mendapatkan khidmat rumah penjagaan, perubatan di rumah, jagaan paliatif di rumah dan jagaan siang di hospis di klinik-klinik pakar. Perubahan itu akan mula dilaksanakan pada suku keempat 2024.
Berucap di Sidang Jagaan Paliatif Singapura pada Sabtu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sedia maklum bahawa dasar dan amalan berkaitan isu seperti kematian harus berubah sejajar dengan masa dan keadaan sekarang.
"Tinjauan mendapati setiap tiga daripada empat warga emas lebih memilih untuk meninggal dunia di rumah. Para doktor memberitahu saya bahawa sebenarnya, perangkaannya lebih besar, kira-kira 90 peratus, berdasarkan perbualan mereka dengan warga emas dan pesakit," kongsinya di acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Expo Sands.
"Sudah tiba masanya kita menyedari bahawa jagaan paliatif mampu membawa perubahan besar. Ia menyediakan keselesaan tidak hanya untuk pesakit, tetapi juga penjaga. Ia menyediakan sokongan fizikal, dalam persekitaran yang mereka kenal, merangkumi sokongan emosi, dengan menghormati keinginan pesakit," tambah beliau.

Bantuan kewangan lebih baik juga berupaya membantu "mengatasi kapasiti yang terbatas" bagi pihak penyedia khidmat jagaan paliatif, kata Encik Ong.
"Sedang masyarakat Singapura kian menua dan permintaan bagi jagaan paliatif meningkat, para penyedia sampai ke tahap tidak dapat mengumpul dana yang diperlukan. Mereka berdepan jalan buntu.
"Jadi walaupun pihak hospital kadangkala membolehkan pesakit pulang ke rumah, penyedia tidak lagi mempunyai sumber-sumber untuk menyokong keluarga-keluarga dan penjaga pesakit yang memerlukan jagaan paliatif ini."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.