Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suasana Taman East Coast kembali 'bertenaga' selepas 2 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2022 09:27PM Dikemas Kini : 15 Mar 2022 10:05PM

SINGAPURA: Dengan penguatkuasaan langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) yang diperkemas, suasana di Taman East Coast dapat kembali seperti biasa buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.

Sejak siang tadi (15 Mac), para pekerja telah menanggalkan pita jaringan penghadang yang diletakkan di sekeliling pondok-pondok bagi memulihkan keadaan di taman tersebut.

Ia adalah salah satu daripada tempat-tempat awam yang akan menarik balik tanda-tanda langkah pengurusan selamat.

Langkah membuka semula ruang dan tempat berteduh di taman-taman awam nampaknya dialu-alukan orang ramai.

Sejak tengah hari tadi, sekitar 200 pit barbeku dan hampir 850 permit perkhemahan telah dikeluarkan bagi hujung minggu ini.

Para pengendali pusat beli-belah bagaimanapun telah melahirkan pandangan yang bercampur-campur.

Frasers Experience, yang mengendalikan beberapa pusat beli-belah di kawasan kejiranan, menyatakan ia akan menanggalkan tanda-tanda jarak selamat secara bertahap-tahap.

Lendlease pula akan terus memantau keadaan sebelum memutuskan untuk mengambil langkah sedemikian, demi mencegah berlakunya kelompok baru penularan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan