Skip to main content

Singapura

AS suarakan sokongan terhadap peranan S'pura selaku Pengerusi ASEAN

Amerika Syarikat dan Singapura menegaskan lagi hubungan dua hala yang amat baik semasa pertemuan antara Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana siang tadi (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2018 08:20PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 09:26PM

SINGAPURA: Amerika Syarikat dan Singapura menegaskan lagi hubungan dua hala yang amat baik semasa pertemuan antara Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana siang tadi (3 Ogos).

Encik Pompeo sedang melakukan lawatan pengenalan ke Singapura di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-51 dan beberapa mesyuarat yang berkaitan dengannya.

Semasa pertemuan tersebut, PM Lee menyambut baik pelibatan Amerika yang berterusan di rantau ASEAN dan Asia-Pasifik. Encik Pompeo pula menyuarakan sokongannya kepada peranan Singapura sebagai Pengerusi ASEAN.

Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan sejagat.

Esok (4 Ogos), Encik Pompeo akan bertemu Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan. Mereka akan menandatangani memorandum persefahaman bagi memperbaharui satu program yang memberi bantuan teknikal kepada negara-negara ASEAN dan Timor-Leste.

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita