Suara NCMP, tidak seperti AP boleh diabaikan parti memerintah, kata calon WP Leon Perera
Calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Aljunied, Leon Perera berkata hari ini (5 Jul) tidak seperti Anggota Parlimen (AP) yang dipilih, suara anggota NCMP boleh diabaikan oleh parti PAP yang memerintah.
SINGAPURA: Calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Aljunied, Leon Perera berkata hari ini (5 Jul) tidak seperti Anggota Parlimen (AP) yang dipilih, suara anggota NCMP boleh diabaikan oleh parti PAP yang memerintah.
Encik Perera berkata demikian menerusi catatannya di Facebook. Beliau menambah PAP tidak perlu mempunyai jumlah AP parti itu seperti sekarang untuk memerintah.
Namun PAP, katanya, memerlukan lebih 66 peratus kerusi parlimen untuk meminda Perlembagaan Negara tanpa mengadakan Pungutan Suara.
Menurut beliau itulah yang dilakukan PAP pada tahun 2016.
Encik Perera mempersoalkan sama ada sebuah parti wajar diberi hak untuk mengubah Perlembagaan secara sepihak.
PAP mempunyai kira-kira 90 peratus kerusi dalam parlimen yang lalu dan Encik Perera menjadi anggota NCMP.
Encik Perera berkata anggota NCMP tidak dapat mendampingi orang ramai seperti para AP yang dipilih rakyat kerana anggota NCMP tidak boleh mengurus Majlis Bandaran.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.