Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suara ASEAN harus didengar dengan lebih baik berhubung ketegangan Laut China Selatan, kata Prabowo Subianto

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2022 05:47PM Dikemas Kini : 10 Jun 2022 09:13PM

SINGAPURA: Indonesia mengumumkan pada Jumaat (10 Jun) bahawa ia mahu kuasa besar global Amerika Syarikat (AS) dan China memberi lebih banyak perhatian kepada Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika kedua-dua negara cuba menyelesaikan ketegangan di Laut China Selatan.

Apabila ditanya mengenai keadaan di Laut China Selatan, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto berkata beliau ingin melihat "penyelesaian secara aman untuk semua masalah yang tertunggak". 

Encik Subianto bercakap kepada wartawan di bangunan Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Bukit Gombak di mana beliau bertemu dengan Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen untuk bertukar-tukar pendapat mengenai keadaan keselamatan serantau.

Encik Prabowo berkata Indonesia dan Singapura adalah "negara perdagangan" yang percaya kepada peraturan antarabangsa dan kebebasan pelayaran.

Encik Subianto memberi amaran bahawa apa yang berlaku di Laut China Selatan akan "menjejaskan semua orang" kerana dunia sudah menjadi "semakin kecil". 

Dr Ng kemudian berkata bahawa beliau setuju sepenuhnya dengan penilaian Encik Subianto. 

Singapura dan Indonesia ingin saling menguntungkan di rantau ini dan mendesak "norma antarabangsa" supaya negara tersebut dan ASEAN boleh maju, kata Dr Ng.

Encik Subianto berkata mereka juga membincangkan mengenai masalah untuk keluar daripada pandemik yang "sukar", "masalah" dengan sempadan maritim dan juga isu berhubung lanun.

Dr Ng bersetuju dan berkata bahawa isu-isu rentas negara itu tidak boleh diselesaikan jika ia tidak ditangani "bersama-sama".

Pada Januari, Singapura dan Indonesia sudah memeterai Perjanjian Kerjasama Pertahanan sebagai sebahagian daripada satu set perjanjian yang merangkumi Perjanjian Ekstradisi (ET) serta penjajaran semula Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR).

Encik Subianto dalam lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura berkata, adalah lebih baik untuk melawat selepas perjanjian "disahkan semula" supaya perjalanan itu boleh menjadi "substantif".

Encik Prabowo seterusnya akan bertemu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean.

Beliau juga akan berucap di Dialog Shangri-La esok (11 Jun). 

MINDEF mengumumkan dalam satu kenyataan pada Jumaat (10 Jun) bahawa lawatan Encik Subianto menegakkan hubungan pertahanan kukuh yang terjalin sekian lama antara Singapura dengan Indonesia.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan