Suami isteri ini sasar kumpul S$150,000 biaya kos rawatan pembantu rumah alami aneurisma otak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: syfqsxerins/Instagram)
BERITAmediacorp: Sepasang suami isteri telah melancarkan satu dana kecemasan bagi membantu menampung kos rawatan pembantu rumah mereka Saripah yang mengalami penyakit aneurisma otak.
Aneurisma otak adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak.
Ia berlaku kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.
Saripah baru bekerja dengan Cik Nadiah Arinah Mohd Sallehuddin, 28 tahun dan suaminya Encik
Khairul Syafiq, 32 tahun, sejak Disember 2022.
Menurut Cik Nadiah, pembantu rumahnya itu pernah mengadu mengalami sakit kepala dan dibawa ke klinik tetapi doktor tidak mengesyaki penyakit yang serius.
"Pada malam 5 Mac lalu, beliau mengalami sakit kepala yang teruk sehingga tidak dapat bergerak dan kurang responsif. Jadi, kami memanggil ambulans dan Saripah dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).
"Saripah kemudian menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya pada awal pagi 6 Mac setelah doktor mendapati berlaku aneurisma otak," kata Cik Nadiah kepada BERITAmediacorp.
Pada masa itu, Cik Nadiah baru seminggu melahirkan anak ketiganya.
Menurutnya, Saripah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) empat hari kemudian tetapi keadaannya masih belum stabil.
"Kami memutuskan untuk menghantarnya pulang ke Indonesia untuk meneruskan rawatan perubatannya di sana
di mana beliau boleh bersama keluarganya.
"Kami mempunyai tiga anak kecil berusia tiga dan dua tahun serta anak yang masih bayi. Jadi kami bimbang akan kos rawatannya. Kos rawatannya di SGH sudah mencecah hampir S$100,000 dan berdasarkan kes lalu yang serupa, kami menganggarkan kosnya mungkin mencecah sehingga S$150,000," kongsi Cik Nadiah.
Menurut beliau, insurans perubatan untuk Saripah dihadkan kepada S$15,000 untuk yuran perubatan dan kos untuk menghantarnya pulang adalah sekitar S$10,000.
Cik Nadiah menjelaskan, beliau dan suaminya melancarkan usaha mengumpul dana menerusi platform Go Get Funding atas nasihat doktor di SGH yang prihatin tentang kos perubatan yang sangat tinggi itu memandangkan pembantu rumah warga indonesia itu tidak boleh memanfaatkan rawatan bersubsidi di hospital awam.
Setakat ini, S$32,145 sudah berhasil dikumpulkan sejak usaha mengumpul dana itu dilancarkan semalam (28 Mac).
"Kami suami isteri sangat menghargai bantuan ibu,saudara-mara, teman-teman dan orang ramai yang tampil membantu daripada pelbagai segi termasuk mendermakan wang.
Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian melalui pautan berikut https://gogetfunding.com/help-domestic-helper-saripah-medical-bill/
atau menerusi Paynow kepada nombor telefon 88159556 (Arinah) dan meletakkan “Saripah” di ruang nota.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.