Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Studio kecergasan F45 mohon maaf atas video Deepavali 'kurang sensitif terhadap perkauman'

Sebuah studio kecergasan di Serangoon Garden hari ini (5 Nov) meminta maaf atas video Deepavali yang "kurang sensitif terhadap perkauman" yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Studio kecergasan F45 mohon maaf atas video Deepavali 'kurang sensitif terhadap perkauman'

Petikan skrin video F45.

Diterbitkan : 05 Nov 2021 09:43PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 09:50PM

SINGAPURA: Sebuah studio kecergasan di Serangoon Garden hari ini (5 Nov) meminta maaf atas video Deepavali yang "kurang sensitif terhadap perkauman" yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Studio itu, yang merupakan sebahagian daripada francais F45 Training yang berpangkalan di Amerika Syarikat, memuat naik video 14 saat di Instagram Story di mana dua wanita sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil mengucapkan "Selamat Deepavali".

Video itu sudahpun diturunkan daripada laman studio tersebut dan tular selepas ia dimuat naik semula para pengguna akaun-akaun lain.

Dalam satu catatan berasingan di Instagram Story, gim itu menyatakan ia "sudahpun menerima maklum balas bahawa video itu kurang sensitif terhadap perkauman".

"F45 sentiasa merupakan tempat seronok dan mesra keluarga untuk bersenam dan kita membuat pelbagai video seronok bersama para anggota," menurut studio kecergasan yang terletak di Serangoon Garden South itu.

"Kami tidak pernah berniat untuk mengejek atau menyakiti perasaan sesiapa pun. Deepavali adalah pesta cahaya dan cinta."

Studio itu menambah bahawa ia "sangat kesal atas kesalahan itu dan mengharapkan keampunan anda".

Mediacorp sudahpun menghubungi F45 Training untuk komen lanjut.

Francais itu mempunyai beberapa studio di Singapura termasuk Holland Village, Orchard Road dan Amoy Street.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan