Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Struktur pelindung matahari roboh di bangunan perindustrian Bedok; tiada kecederaan dilapor

Struktur konkrit pelindung matahari sepanjang 40 meter runtuh dari bumbung sebuah bangunan perindustrian di Bedok pada Ahad (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Struktur pelindung matahari roboh di bangunan perindustrian Bedok; tiada kecederaan dilapor

Struktur pelindung matahari roboh di bangunan perindustrian di Bedok. (Gambar-gambar: PC Tan/Facebook)

Diterbitkan : 22 Aug 2021 09:24PM Dikemas Kini : 22 Aug 2021 09:26PM

SINGAPURA: Struktur konkrit pelindung matahari sepanjang 40 meter runtuh dari bumbung sebuah bangunan perindustrian di Bedok pada Ahad (22 Ogos).

JTC, pemilik bangunan di Bedok Industrial Park E itu sudah mengepung kawasan di bawah bumbung tersebut di mana terletaknya struktur konkrit berkenaan demi keselamatan orang ramai, menurut Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).

Agensi yang bertanggungjawab ke atas bangunan-bangunan perindustrian itu menanggalkan baki struktur pelindung matahari yang masih tergantung di tepi bumbung berkenaan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan tentang insiden di 3013 Bedok Industrial Park E itu pada sekitar 9.20 pagi tadi.

Para kakitangan SCDF menjalankan operasi di kawasan terjejas dan mendapati tiada seorang pun yang terperangkap. Tidak ada kecederaan yang dilaporkan.

BCA menyatakan ia sudah mengarahkan JTC untuk melantik jurutera profesional yang boleh memberikan nasihat mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk menanggalkan struktur tersebut, menjalankan siasatan menyeluruh dan menyarankan kerja-kerja pembaikan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, jurutera profesional itu juga dikehendaki memeriksa tiga blok bersebelahan di kawasan itu dengan reka bentuk struktur pelindung matahari yang serupa, menurut BCA.

"BCA dan jurutera-jurutera profesional yang dilantik JTC telah memeriksa dan menilai keutuhan struktur bangunan utama tidak terjejas," menurut BCA lagi. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan