Struktur bangunan Tanjong Pagar runtuh: Pekerja pejabat rasa gegaran, dengar dentuman "sangat kuat"
Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Pertahanan Awam Singapura di Tanjong Pagar. (Gambar: Syamil Sapari/CNA)
SINGAPURA: Para pekerja pejabat berhampiran tapak pembinaan Tanjong Pagar di mana tembok konkrit seberat 50 tan runtuh dan membunuh seorang pekerja pada Khamis (15 Jun) menjelaskan mereka mendengar bunyi dentuman "sangat kuat" dan merasakan gegaran apabila insiden berlaku, sehingga menyebabkan sesetengah pekerja terkejut.
Salah satu daripada mereka yang ingin dikenali sebagai Encik Nikolas, berada di pejabatnya di tingkat 11 ABI Plaza, kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan yang runtuh.
Pekerja 39 tahun yang bekerja dalam projek-projek minyak dan gas memberitahu Mediacorp bahawa beliau mendengar letupan yang kuat "seperti sesuatu yang besar terjatuh" dan merasakan gegaran di mana dia berada sekitar pukul 2.00 petang.
Pada mulanya, beliau dan rakan sekerjanya tidak terlalu memikirkannya, dan merasakan ia adalah kerja-kerja perobohan biasa di bekas bangunan Fuji Xerox Tower di Bernam Street untuk memberi laluan kepada pembangunan serbaguna.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menyatakan dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (15 Jun) bahawa tembok penahan konkrit di tingkat dua, selebar 10 meter dan 3.8 meter tinggi, runtuh di Bernam Street sedang kerja perobohan dijalankan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan dalam catatan Facebooknya pada pukul 10.15 malam bahawa pekerja yang dilaporkan hilang sebelum itu dikesan buat pertama kali dihempap di bawah struktur penahan konkrit sekitar pukul 6.00 petang.
"Pekerja itu tidak mempunyai nadi dan tidak bernafas," menurut SCDF, dan menambah bahawa pekerja tersebut disahkan mati selepas operasi selama empat jam untuk mengeluarkan jasadnya.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.