Struktur bangunan Tanjong Pagar runtuh: Keluarga mangsa diberi bayaran ex-gratia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pusat Pekerja Hijrahan (MWC) pada Jumaat menyatakan bahawa ia akan memberikan bayaran ex-gratia kepada keluarga pekerja hijrahan berusia 20 tahun yang maut apabila tembok konkrit di tapak kerja Tanjong Pagar runtuh pada Khamis (16 Jun).
"Kami akan memberikan bayaran ex-gratia menerusi Dana Bantuan Pekerja Hijrahan (MWAF) untuk menyediakan bantuan kewangan sementara untuk membantu keluarga terdekatnya sementara mereka menunggu wang pampasan daripada Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja (WICA)," menurut MWC dalam catatan Facebook pada Jumaat.
Jumlah bayaran itu bagaimanapun tidak dinyatakan. Ex-gratia merupakan bayaran tunai tanpa sebarang kewajipan kontrak atau undang-undang.
"Kami memahami kesan insiden sedemikian ke atas mata pencarian keluarga yang terlibat dan kekal komited untuk menyediakan bantuan pada masa-masa krisis."
Menurut MWC ia mengambil tindakan segera untuk menghubungi majikan pekerja yang meninggal dunia itu untuk mendapatkan semua maklumat relevan berhubung insiden tersebut.
Aik Sun Demolition and Engineering, yang merupakan majikan pekerja berkenaan, diarahkan supaya menghentikan semua kerja di tapak tersebut.
"Objektif utama kami sekarang adalah untuk memastikan keperluan anggota keluarga yang terjejas dipenuhi," tambah MWC.
MWC turut menarik perhatian kepada kesan insiden itu ke atas emosi para pekerja lain dan menyatakan pihaknya akan menawarkan khidmat kaunseling semasa "tempoh sukar" ini.
"Ia adalah matlamat kami untuk memastikan tiada pekerja ketinggalan selepas insiden menyedihkan sedemikian dan kami bersedia untuk menyediakan bantuan menyeluruh," tambahnya.
MWC merupakan inisiatif dwipihak Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).
LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.