Skip to main content

Singapura

Struktur bangunan runtuh di tapak binaan Tanjong Pagar; 1 pekerja dilapor hilang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jun 2023 05:11PM Dikemas Kini : 16 Jun 2023 12:16AM

SINGAPURA: Seorang pekerja dilaporkan hilang setelah sebuah struktur bangunan di tapak binaan di Tanjong Pagar runtuh pada Khamis (15 Jun).

Insiden berlaku di 1 Bernam Street, sekitar pukul 2.00 petang.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), struktur yang runtuh adalah daripada tapak bangunan yang sedang menjalani kerja-kerja perobohan.

Operasi mencari pekerja yang hilang sedang dijalankan, dengan Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) sudahpun dikerahkan ke tempat kejadian.

(Gambar-gambar: SCDF)

"Dua anjing penghidu SCDF turut dikerahkan untuk membantu operasi mencari yang dijalankan di kawasan seluas 20 meter kali 10 meter," tambah SCDF.


Video yang dikirimkan kepada Mediacorp menunjukkan struktur yang runtuh, dengan kawasan sekitarnya dikepung. Beberapa pegawai SCDF dan polis juga berada di tempat kejadian.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita